Salam... petang tadi saja geledah magazine lama. then baca tipcinta dalam dara.com bulan ogos lepas. menarik!!
macam menggatal je kan bila baca tipcinta cintun ni. *__* meoww.. tetiba rasa malu. huh! gedik!! ala tak salah pun baca benda-benda macam gini. bila baca tipcinta ni dapat gak aku cermin diri sikit. boleh baiki diri kat mana-mana part yang kurang. at least dapat buat relationship aku jadi semakin berbunga-bunga cinta. *__* . jom-jom, aku share kat sini tip beza antara kekasih biasa dengan kekasih sejati. sama-sama la kita fikir yang mana 1 kita ni. baiki mana yang patut.
1.
kekasih biasa; selalu ingat senyum pada wajah kamu.
kekasih sejati; selalu ingat senyum dan tangis pada wajah kamu.
2.
kekasih biasa; setiap detik selalu menunggu panggilan dari kamu.
kekasih sejati; setiap detik selalu menghubungi kamu.
3.
kekasih biasa; selalu mendoakan kebahagiaan kamu.
kekasih sejati; selalu berusaha memberi kamu kebahagiaan.
4.
kekasih biasa; mengharapkan kamu berubah demi dia.
kekasih sejati; dia sanggup berubah untuk kamu.
5.
kekasih biasa; selalu memikirkan sebab perpisahan.
kekasih sejati; tidak sanggup berpisah dengan kamu.
6.
kekasih biasa; berfikir bahawa pertengkaran adalah pengakhiran buat segalanya.
kekasih sejati; berfikir, jika pernah bertengkar itu bukan disebut cinta sejati.
7.
kekasih biasa; selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih.
kekasih sejati; selalu bertanya pada diri sendiri apa yang membuatkan kamu sedih.
8.
kekasih biasa; selalu menyatakan kamulah yang diimpikan selama ini.
kekasih sejati; akan sentiasa berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin kamu kecewa.
9.
kekasih biasa; melihat semua yang telah dia berkorban untuk kamu
kekasih sejati; melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya.
ha! renung-renungkan dan selamat beramal *___*
3 comments:
erm jenis yg mane eh..
aku hanya ingin menjadi yg terbaek..
:)
renung2kan... hehehe
Post a Comment