Sunday, October 11, 2009

PAPAdom vs PAPAmokhtar


papadom buat air mata aku dok mengalir je
walaupun cerita tu penuh dengan adegan kelakar
tapi dalam masa yang sama sangat menyentuh jiwa

rasanya setiap ayah sangat risaukan anak-anak masing-masing
mungkin cara golongan ayah-ayah menterjemahkan kasih sayang & kerisauan diorang je berbeza. Aku dah dapat jawapan untuk persoalan yang ada kat otak aku pasal kenapa cik paah and hubby nya terfikirkan incik mokhtar masa tengok cerita ni

incik mokhtar memang sentiasa teman aku masa belajar memandu tak kisah la motor ke kerete.. dia sanggup je menunggu kat pondok yang panas masa aku belajar memandu 2jam sehari.. aku memang ada masalah masa belajar motor sebab aku tak larat nak tongkatkan motor & start motor. berbuih-buih mulut, berpeluh-peluh ketiak incik mokhtar ngajar aku. maklum la kes aku ni luar biasa sikit, sampaikan tenaga pengajar & orang-orang yg sewilayah belajar motor dgn aku masa tu asyik gelakkan aku sebab tak pandai bawak motor. incik mokhtar siap mintak tips dari kawan-kawan dia kat balai yang bawak motor trafik yang gedabak tu cara nak tongkatkan motor.. biasa nya polis trafik kene berkursus dulu sebelum dapat bawak motor gedabak tu. sampai macam tu la semangat nya incik mokhtar.. alhamdulillah, skali test je aku dah lulus 2,2 ujian memandu.. walaupun aku memang lembap tahap kuru-kuru & bengap tak reti memandu, tapi semangat yang incik mokhtar bagi temankan aku sepanjang belajar & masa test buat aku bersungguh-sungguh nak lulus. mak cik aku pernah perli aku, nanti waktu ujian memandu kereta abah nak naik kereta skali ke dgn jpj.. bila dah ada lesen motor, incik mokhtar belikan aku skuter sebab aku tak pandai guna gear.. incik mokhtar akan ikut aku dari belakang dengan motor dia or dengan kereta masa aku bawak motor nak pergi & balik belajar memandu kereta..

gambar ni incik mokhtar yang ambil masa tengah bosan-bosan tunggu aku belajar.
aku pernah upload gambar ni dalam entry sebelum ni.

masa aku bawah umur incik mokhtar memang konkong aku habis-habisan. aku memang tak ada peluang nak bersosial dengan kawan-kawan. dia xsuka aku hang out tengok movie, main boling, bercinta cintun, bershoping-shoping, picnic dan semuanya lah dengan kawan-kawan KECUALI ada dia sekali. kalau pergi rumah kawan-kawan pun mesti bawak dia.. sama la macam saadom tu mengikut mia pergi parti. *__* kelakar je bila aku ingat balik semua tu.
kawan-kawan aku asyik gelakkan aku je dulu & kesiankan aku sebab dikongkong.. tapi sebenarnya aku tak pernah rasa macam tu pun. aku rasa diorang jeles sebab ayah diorang tak buat macam tu agaknya *__*

sepanjang aku & adik-adik sekolah, abah sentiasa nak cari rumah yang dekat dengan sekolah sebab tak nak ktorag kena bersusah-susah berebut naik bus. sepanjang aku & adik-adik sekolah rendah, abah mesti hantar & jemput ktorang dari sekolah walaupun rumah aku dengan sekolah dekat je. masa aku sekolah menengah pun, bila abah tak pergi kerja dia akan hantar & jemput aku. bila kat sekolah asrama, tiap-tiap minggu abah datang ambil walaupun bukan tiap-tiap minggu boleh balik. pernah sekali tu aku & member-member plan nak fly sebab minggu tu tak boleh balik. tp abah datang sekolah jumpa ketua warden cakap nk ambil aku sebab aku ada appointment dengan doktor.. aku je yang selamat masa tu, member-member yang lain kena buang asrama sebab fly. barang-barang aku yang kena rampas mesti warden pulangkan balik kalau incik mokhtar masuk campur ;) i like!!

sekarang incik mokhtar dah kurang melayan aku macam dulu.
aku agak bebas buat apa-apa keputusan sekarang. sama macam ending cerita tu, walaupun saadom nak bebaskan mia tapi penyakit tu tetap ada lagi sikit-sikit.

aku menaip entry ni sambil mengelap air mata. mencurah-curah la plak air mata ni..

abah,
kak sayang abah
*__*
kak hargai perangai over caring abah tu
ye, nanti kak beli kereta taste abah, posting dekat dengan umah abah, pilih suami orang kedah macam taste abah, letak nama anak ikut nama yang abah suggest, ...................


*__*

love you incik mokhtar/puan zarina


2 comments:

Niijiusan said...

lepas tengok papadom baru paham baca entry nh.. dulu masa baca entry xmampu nk imagine lagi~ sedey sedey sedey... tapi penuh makna!! nk join nangis gak bley? kim salam kt papa mokhtar ye...

ada.m0khtar said...

hehehe... xdak hal je, bukan kne bayar pun klau ngs kn.. hehehe.. ;)