Friday, September 11, 2009

kehidupan sebenar

suatu ketika dulu,
aku yang jatuh tergadah
aku yang dipersia
aku yang kau & dia perbodohkan
aku yang kau & dia permainkan

semalam,
aku melihat dia jatuh tergadah
aku melihat dia dipersia
aku melihat dia kau memperbodohkan
aku melihat dia kau permainkan

hari ini,
aku & dia melihat kau jatuh tergadah
aku & dia melihat kau dipersia
aku & dia melihat kau diperbodohkan oleh dirimu sendiri
aku & dia melihat kau dipermainkan oleh dirimu sendiri


hidup ini memang umpama roda.. tak lama untuk berada di atas & bergembira dengan kesengsaraan insan lain.. insyaAllah suatu hari kau juga akan merasa kesengsaraan itu.. segala perbuatan ada pembalasannya.. aku, kau & dia punya dosa yg harus dibayar.. bayaran yang harus dijelas pada bila-bila masa.. tak lama untuk aku nantikan kau & dia menjelaskan bayaran itu.. suatu ketika dulu aku berharap agar dapat bergelak tawa atas balasan yang kalian akan terima... hari ini segalanya menjadi kenyataan.. hari kecilku tersenyum, aku puas pabila kalian turut merasa kepedihan & kesakitan yang pernah aku lalui.. namun aku tidak berdaya untuk ketawa sepuas hati kerana aku tahu tiada insan yang sempurna.. semoga aku, kau & dia menyedari kekhilafan sendiri & memperoleh kehidupan yang lebih baik suatu masa nanti..

aku juga sedang menyakiti insan lain tika ini.. maafkan aku ;(

No comments: