Friday, June 26, 2009

kesilapan mengurus kewangan

memandang isu poket, dompet & akaun sangat sangat panas dikalangan aku & kawan2, may be org lain juga, so elok juga kalau aku share mengenai kesilapan yg commonly dilakukan dalam menguruskan duit.

sometimes bila dilambak dengan duit yang banyak pada 1 masa.. c0ntoh nya duit ptptn, or biasiswa pendidikan or tunggakan elaun or apa2 yg sewilayah dgn nya yg diberi sekali gus, likes once for six months... surely, agak sukar untuk manusia seperti aku & may be mereka2 yg lain untuk mengukuhkan & menguruskan kewangan. tabik spring untuk mereka yg sangat berhemah & boleh menguruskan duit dgn baik..

untuk mengukuhkan kewangan kita mestilah kenal pasti kesilapan pengurusan kewangan dulu. bila dah tahu di mana silapnya, at least kita akan berusaha mengubahnya.

berbelanja melebihi kemampuan
terlampau bnyk iklan, desakan persekitaran mmg buat kita berbelanja diluar kemampuan semata2 tak nak dikatakan ketinggalan zaman. sometimes benda yg kita belanjakan tu tak berbaloi pon. aku mmg banyak pengalaman mcm ni, tp tak reti2 amik iktibar lg. akibatnya, bila dah hujung2 bulan, poket mmmg dah kering. nak makan pun terpaksa berkira-kira.

suka berhutang
cuba elakkan tabiat berhutang walaupun kt mengalami masalah kewangan. tabiat berhutang ni boleh membuatkan kita tidak mengawasi kewangan kita.
kad kredit mmg perlu dan bagus, namun pada ms tertentu sahaja bukan nya untuk setiap masa & sesuka hati. tabiat beli dulu & bayar kemudian mmg dah jadi trend. behati-hati sebelum hutang jdi menggunung smpai tidak mampu nak selesaikan. (buat masa skrg aku terselamat dari benda ni sbb tak layak pakai kad kredit lg)

kegagalan merancang dengan sistematik
sistematik?? macam susah je kn tapi kita boleh make it simple. the simple solution is record our daily perbelanjaan dlm buku 555.
selain tu, record perkara2 or budget yg harus diutamakan. contoh nya bil-bil, cost makan, yuran, buku, dll. asingkan duit untuk hal2 tersebut dulu. harus diingat!! utamakan keperluan dahulu berbanding kehendak. bila dh ada baki, baru boleh disenaraikan kehendak. manusia macam aku ni mmg ingat shoping je. so boleh dimasukkan dlm perancangan, tp pastikan kehendak shoping tu tidak smpai ke thp membazir.

kegagalan untuk menabung
walaupun banyak perkara yg harus kita belanjakan, kita juga kena pastikan ada sedikit simpanan untuk ms kecemasan kita. bila dah ada simpanan, so kes hutang menghutang dapat r dielakkan. aku sndri ada gak menyimpan dlm asb. bukan stakat menyimpan, siap boleh beranak lg (pelaburan).. at least bertambah juga duit simpanan kita tu.

terlalu memikirkan
walaupun duit penting, tp jangan terlalu taksud nak kumpul kekayaan smpai lupa perkara lain. family, health, enjoy, friends juga penting & bermakna. yg penting, jangan smpai ke thp KEDEKUT!! tak bermakna hidup kalau sntiasa memikirkan duit je..


pokok pngkal nya, empunya diri kena pandai menguruskan kewangan sendiri
termasuk lah yg menulis ni
tak kan nk mengharapkan parents je sepanjang masa
kena biasa2 kan diri uruskan sendiri,
malu lah nk mintak2 lg bila dah kerja..



No comments: