Tuesday, October 12, 2010

Sunday, October 10, 2010

blog i ada kembar?


i dah pening ni nyah. kenapa blog i ada kembar pulak ni. bila masa pulak i lahirkan anak kembar ni. kembar lain rupa paras pulak tu. kalau setakat lain jantina je tak pa, tapi ni dah gaya macam sorang lahir kat Bangladesh, lagi sorang pulak lahir kat China. pening i nyah!!

tak kan la pulak anak jiran sebelah katil masa i bersalin dulu boleh kena jangkitan virus yang sama dengan anak i sampai boleh jadi kembar lain mak lain bapak ni. sekali lagi; pening i dibuatnya nyah!!

ISSHHH tak suka! tak suka! tak suka! benci tau! dah lama ke benda ni jadi?? or baru je jadi?? tadi masa kat cyber cafe i taip adamokhtar kat google then tiba-tiba boleh keluar blog lain tapi sama url dengan i. bezanya cuma cara taip. i punya adam0khtar.blogspot.com yang lagi satu tu pulak adamokhtar.blogspot.com . termelatah ooopppooccooot i tau. i tak pernah sedar pulak benda ni sebab selama ni i guna netbook sendiri je, so add url aku memang dah sedia ada. 

cuba kau taip adamokhtar, then nanti keluar macam ni;


macam mana boleh jadi macam ni pulak. cik ada mokhtar dah jadi dafi83. OMG!!! tidak dapat terima hakikat ini. huhu *__*' i belum berubah jantina lagi. i suka jadi perempuan. i tak nak jadi lelaki. kalau i jadi lelaki pun nama i mesti adam mokhtar bukan dafi. OMG!!! masih tidak dapat terima hakikat ini.

okey seterusnya kelik pada dafi83 itu;


nehi! nehi! nehi! what should i do? hooomaiiigggooood!!!
i tetap tak dapat terima kenyataan ini. i tak suka diduakan mahupuan ditigakan apatah lagi diempatkan. huhu sangat sedih *__*'. i tengah nangis ni tau. jangan kecoh kat orang lain tau. cepat-cepat tolong bagi cadangan apa i nak kena buat ni. jangan cadangkan cadangan ditutup sudah. lagi kuat i nangis karang.

nehi! nehi! nehi!


the smiles


i tengah senyum sampai telinga ni. dari semalam okey i senyum. since i get the message dalam pukul 1 pagi, i terus senyum. masa tidur pun i senyum. ala, macam orang tidur dalam iman macam dalam drama tu. muka sweet sweet je. semut pun geram je nak angkut geng datang gigit senyuman sweet sweet tu. nasib baik i dah gertak semut-semut tu dengan gajah kuat fumakilla aerosol semalam. risau jugak penuh love bite kat muka i hari ni hasil kegeraman sekawanan semut.

semua ni sebab 'dia' la. tak pasal-pasal je i dah terjebak dengan penyakit senyum sepanjang masa. jangan sampai ada orang panggil i minah senyum sudah. dulu masa zaman sekolah, kalau ada je makhluk yang jenis senyum je sepanjang masa mesti dapat title mat senyum tak pun mat kenyih. orang tu senyum pun salah. padahal orang tu tengah kumpul pahala tau. 

semua ni memang sebab 'dia'. u bertanggungjawab sepenuhnya ye. jangan nak lari-lari pulak. kena pikul tanggungjawab ni sebab dah berjanji dengan i sampai i dah tahap perasaan syok sendiri tersengih sana, tersengih sini. u kena datang jumpa i gak hari ni sebab semalam u dah kata hari ni nak datang ulu tiram. nak jumpa girlfriend u. girlfriend u tu maknanya i la kan?


*__*
suka! suka! suka! dating! dating!



OMG!! sangat gedik la kau cik adasyida hari ni!!


Saturday, October 9, 2010

pilih antara berjaya atau gagal


bangun setiap pagi dan fikirkan untuk diri sendiri, " aku mahu berada dalam golongan berjaya atau golongan gagal?"  

dan pagi ini aku nekad untuk berada dalam golongan BERJAYA


"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur.


YANG BERJAYA,YANG GAGAL...

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata "biar saya buat kerja ini untuk awak"
Seorang yang gagal sentiasa berkata "ini bukan kerja aku"

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata "perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan"
Seorang yang gagal berkata "perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah"

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata "aku dah silap"
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata "ini bukan silap aku"

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan


Friday, October 8, 2010

captured; jerai hill



momento at jerai hill a day before syawal. bapak basi punya gambar. ada aku kisah? nak update kat sini jugak. 

so just let the picture talk. *__*











Thursday, October 7, 2010

contest hari raya Aidilfitri


contest hari raya oleh masamanismasam. yeah!!!, belum tutup. last date untuk submit pada 10.10.10. nice date babe! sempat lagi i join kan. i ni memang sentiasa tertinggal keretapi. so sorry la. okey, back to this contest. cik masamanismasam ni cuma perlukan gambar pakai pakaian raya dan memakai tudung or shawls. off course la i ada dear. maka dengan itu, terbuka la pintu hati i untuk join. 

check out syarat-syarat penyertaan; 
-- terbuka kepada orang yang mempunyai blog
-- perempuan sahaja
-- maximum 1-2 keping gambar sahaja yea :)
-- tampal gambar anda di dinding entry yang anda buat untuk contest hari raya ni
--tinggalkan link di blog penganjur
-- tampal jugak banner contest di blog side.
-- follow la kalau nak tau apa2 update pasal contest nie nti
-- pemenang akan dipilih oleh juri-juri yang bertauliah 
-- tarikh tutup penyertaan sehingga 10/10/2010 


entry i dah buat, banner i dah copy paste, link kejap lagi i tinggal. tarikh belum 10.10.10. sekarang nah gambar i.

gambar hari raya pertama
cik masamasinmanis tak ada letak syarat kena gambar i sorang-sorang je. so ikut teori i tak langgar syarat la kan  kalau  i letak gambar i dengan perempuan-perempuan pengacau ni. i yang kat tengah ye cik ezan. diaorang tu yang buat i tak ada gambar posing sorang diri. sentiasa nak berkepit dengan i je. *__*


 gambar hari raya kedua

semua dah settle. sekian terima kasih. *__*

Disaat Aku Mencintaimu



Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............