Saturday, January 30, 2010

jawapan aku tetap tak nak

cikgu, esok cuti Thaipusam kan? jom gotong-royong kemas kelas.


tak nak

kenapa cikgu?

cikgu nak pergi DATING!




-conversation end-

Friday, January 29, 2010

terasa nak manja-manja

yeah!!! hari ini hari JUMAAT. memang aku dok menanti je hari jumaat setiap minggu. SEBABNYA; pukul 12.30 dah buleh balik rumah. pastu buleh terus berenang di atas tilam. NIKMATNYA!!

hari Jumaat juga melambangkan aku tak perlu mengadap budak-budak yang buat aku rasa nak picit je hidung diorang tu selama 2 hari. BAHAGIANYA!! aku juga tak perlu berfikir segala bagai kerja, kertas itu ini, buku itu ini dan segalanya berkaitan itu ini. OWH RELEXNYE!!!

JUMAAT juga menandakan berakhirnya temph berkabung. esok aku dah buleh pakai tudung kaler hijau, merah, oren, dan segalanya. aku dah kering idea nak padankan baju dengan tudung putih tau. pastu rasa macam pakai tudung yang sama je setiap hari sebab kalernye sama je.


yeah!!! aku ada voucher facial. tak sabar nak memanjakan muka yang dah bertambah-tambah kedut akibat penyakit muka masam tiap-tiap hari. kau tahu sebab apa aku dapat penyakit ni???

SEBAB AKU SANGAT GERAM DENGAN PERANGAI SENGAL BUDAK-BUDAK KAT SEKOLAH TU!

okey, cukup! tak nak ingat hal kat sekolah dah.

Thursday, January 28, 2010

kalau tak ada pilihan payah, kalau terlebih pilihan pun payah. habis apa yang tak payah?

aku rasa dah sampai masanya aku patut mempunyai kekasih KEDUA. orang tua-tua kata 'dah sampai SERU la tu'. Sila jangan kaitkan dengan KEKASIHKU SERU pulak! tidak sesuai terkenangkan cerita KEKASIHKU SERU tu di malam jumaat ni ye.

aku nak lebih. tak cukup la setakat ada 1 je kekasih. kehendak aku ni tak dapat dipenuhi dengan 1 je kekasih.


kepada MR EHEM, I mintak maaf ye =(
I terpaksa. kehendak I semakin membesar. BESAR PUNYA! *terkena sampuk budak-budak kat sekolah la ni. diorang tu suka sangat suka words 'besar punya' tu. kuat betul pengaruh iklan meggi sengal tu kan.

aku dah buat list calon-calon yang sesuai untuk dijadikan kekasih kedua aku nanti. calon-calon ni aku pilih mengikut pada kehenseman mereka yang membuat aku tergoda dan dicemburui gadis-gadis lain. aku dah ukur tahap kemampuan aku dan kemampuan bakal kekasih kedua aku tu. bak kata orang tua-tua lagi "kalau mencari jodoh biarlah yang sepadan. baru hubungan berkekal dan tidak bercerai-berai". aku kena mampu untuk menyara dia. dan dia pula kena la mampu untuk menunaikan tanggungjawab dia pada aku.

dan akhirnya, 4 calon yang memiliki ciri-ciri jejaka idaman aku berjaya masuk dalam list aku. TAPI! aku agak kebuntuan nak pilih yang mana 1. kalau aku pilih di sana, di sini akan terluka. haruskan aku memilih semuanya?? GILA KAU! mana aku mampu. aku cuma insan yang kecil dan comel, tak bisa nak menjadi TAMAK!.


sekadar gambar hiasan. makhluk ini tidak tersenarai dalam list calon kekasih kedua aku.


calon-calonnya adalah;

KIA PICANTO


MYVI_SE
sesuai ke ni jadi kekasih baru aku? sama dgn mr ehem la pulak. nanti mesti dia ejek aku tiru dia.


VIVA ELITE


SUZUKI SWIFT
aku paling berkenan yang ni. tapi mr ehem tak suka la pulak.



kau rasa yang mana paling sesuai untuk jadi kekasih kedua aku?



Tuesday, January 26, 2010

lidah bergulung lantas menjadi tergeliat

शांति. तुम क्षेत्र हिन्दू संस्करण में अब कर रहे हैं. कृपया ध्यान दें.

kau tengah garu kepala ke? tak perlu tukar ke siaran lain sebab ini memang betul blog aku. entry ini adalah benar dan sebenarnya. tak ada sebarang masalah dengan font, bahasa dan segalanya.

okey, kalau kau tak reti nak mengeja ayat tunggang terbalik kat atas tu, kau mengeja je ayat yang kat bawah ni. dah macam kelas kanak-kanak pemulihan la pulak. ajar membaca dan menulis.
śānti. tuma kṣētra hindū sanskaraṇa mēṁ aba kara rahē haiṁ. kr̥payā dhyāna dēṁ.
ini bukan sejanis ayat mencarut ye! okey, aku tolong translate untuk kau;
salam sejahtera. anda berada di zon bahasa hindu. harap maklum!


saja je malam ni buang tebiat sikit nak mantapkan skill bahasa hindu. menyahut cabaran mr ehem. ktorang dah plan dan sepakat nak anak-anak ktorang panggil ktorang dengan gelaran appa dan amma. keputusan ni dah dipersetujui 2 hari yang lepas. so, untuk menjalankan program ni, ktorang dah mula praktis menggunakan gelaran amma dan appa dalam setiap sesi komunikasi antara aku dan mr ehem.


मैं आपसे प्यार करता = maiṁ pyāra hamēṁ
maknanya adalah; saya rindu kamu


p/s ; tak sabar nak berdating weekend nanti. beromantik picnic tepi pantai =)

kenapa aku suka skodeng dia?? sebab dia BEST!!

okey, adalah dimaklumkan kau sekarang berada dalam zon skuad skodeng akak rambut ketak. ala iras-iras abang nas rambut ketak skuad terjah tu. berlainan mak bapak. langsung tak seiras. tapi memiliki rambut yang berketak.

dan mangsa skodeng pertama adalah;


jeng


jeng


jeng
.
.
.
.


inilah mangsa keadaan akak rambut ketak yang pertama CIK IZDIYANI MUSAWIR
kau tengok! aku sangat tertarik dengan teropong dia. okey jom ikut aku teropong MACHAM IZ PUNYE

dah agak lama aku mencuci mata kat blog dia ni. cara penulisan dia memang sempoi. kebanyakkan tulisan dia pasal lifestyle dia di campus, chill out dengan member-member, dan emosi-emosi tak keruan dia yang agak sengal. TAPI AKU SUKA!

tengok pada blog header dia pun dah cukup menampakkan dia ni agak gila-gila. cara penulisan dia buat aku rasa nak gelak je. bahasa yang dia gunakan penuh humor. kalau dia tulis entry emo pun, aku tetap rasa benda tu lawak. FUN WEH! aku suka baca entry yang buat aku rasa free dan tidak terbeban. benda-benda sengal cam gini la yang buat aku rasa ringan sikit beban kat kepala aku ni. selain tu, layout blog IZ ni memang simple TAPI menarik. tulisan pun jelas dan mudah dibaca oleh manusia-manusia kabur penglihatan macam aku ni.


SELAIN DARIPADA ITU, dia selalu jadi mangsa intipan aku sebab dia sangat cun. hal rupa paras ni subjektif, tapi aku rasa ramai je yang setuju dengan pendapat aku ni. dah lumrah kejadian manusia, yang cun mesti dapat perhatian. so buleh dikatakan ini advantage bagi dia la kan. rasanya bukan aku seorang je yang skodeng blog dia sebab dia cun. follower dia dah jejak 1378 orang. see! kuat pengaruh dia ni kan. kau paham-paham sendiri la earning nuff dia macam mana ye =)

dia ni salah seorang suku sakat geng baik si HANIS ZALIKHA. happening je bila baca entry diorang ni chill out together.


aku cukup berkenan tengok cara dia gayakan shawls. sweet je muka dia bila pakai shawl. bagi aku dia boleh dijadikan ikon dalam mengayakan shawls. so, tak hairan la bisnes shawls dia menjadi.

okey, akak rambut ketak dah penat menaip. kau skodeng sendiri la pulak; sayesayangiz.blogspot

tunggu mangsa skodeng akak yang seterusnya pulak ye. CHOW CENDOL LAZAT~

Monday, January 25, 2010

pantang datuk nenek dan segala moyang piuk aku kalau jumpa orang suka ambil kesempatan

nasib baik la aku tak PUASA SUNAT ISNIN hari ini. *cover baik punya, padahal nak puasa ganti. boleh ZERO pahala kalau aku puasa hari ini. mana tak nya, dah berbakul berguni berlori aku merampuih sakit hati hari ni.

1 hal masa kat sekolah tadi. gila kau penat memekik suruh budak-budak bawak bertenang. macam kena sampuk gempa bumi je budak-budak dalam kelas tadi. kalau keterujaan TAHAP MELAMPAU nak belajar pun payah gak aku nak handle kelas. walaupun tak puasa, tapi rasa macam puasa je. kering betul tekak ni. dah la tak sempat pergi kantin. jadual padat sangat-sangat hari ni.

okey tutup cerita hal kanak-kanak bawah umur kat sekolah. masuk cerita yang buat berkurang-kurang pahala aku. GERAM WEH!

macam yang dah diketahui umum, sekarang ni tempoh berkabung seminggu sempena kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. so, kena la sentiasa pakai tudung putih. dah nak dijadikan cerita, aku bawa sehelai je tudung putih kat rumah sewa ni. aku mmg kurang gemar sikit pakai tudung putih. aku lagi prefer cream. konon-konon rasa lebih jelita la bila pakai cream.

masa packing barang nak ke rumah sewa hari tu, aku tinggalkan semua tudung putih aku. ada la dalam 3 helai. aku bajet bawa sehelai pun dah cukup la. HA PADAN MUKA AKU! minggu ni tiap-tiap hari kena pakai tudung putih. tak kan nak pakai tudung yang sama je pulak kan. MALU BEB kalau budak tegur "cikgu pakai tudung semalam ke?" GILA KAU JATUH IMEJ AKU!



maka dengan itu, terhegeh-hegeh la aku pergi tesco terbau tadi cari tudung putih. MAK AI! 1 tudung putih pun tak jumpa. SOLD OUT! macam pisang panas la pulak. then aku jumpa shawl putih. dalam hati aku dah jerit YES! YES! FOUND IT.

okey, aku pun dengan bersemangat waja terus je sambar shawl tu. plain shawl. kain gorget. *betul ke ejaan aku ni?? kau buat-buat tau je lah ek shawl yang aku maksudkan tu. aku tengok kat tanda harga RM15.90. masih dalam keadaan boleh mengawal diri. aku predict dia saja je letak harga cam gitu. then aku tanya berapa harga ni kak. kau tahu dia jawab apa? RM15.00 dik . OMG!! ini membuatkan aku menjadi BERANG. gila ke apa mahal. biasanya aku dapat 2 helai tau kalau bayar harga RM15.00. okey, FINE! aku boleh terima la kalau harga dia RM10.00 sehelai. kira normal la harga tu. tapi masalahnya RM15.00 untuk sehelai memang melampau!

memang gila ambik kesempatan waktu orang dalam kesusahan betul la. sampai hati akak tu jual mahal kat aku. dan aku dengan berat hati dan dompet, terpaksa beli jugak la dengan harga MAHAL cam tu. aku dah tak larat bertekak dengan akak tu. lagipun aku dah tahap gila punya penat, tak sanggup lagi kaki ni nak merayap seberang jalan pergi JUCSO pulak. PASRAH JE LAH!. tak pa-tak pa! ADA LORI ADA BAS! kau ambil kesempatan hari ni, esok berkali-kali orang ambil kesempatan kat kau pulak. sekarang ni, SEMUANYA DIBAYAR CASH TAU! tak payah tunggu esok lusa, dalam 2,3 minit pun dah buleh dapat balasan.


ishhh*** apasal aku emo sangat ni. tak baik doakan orang dapat musibah. *__*'

party sampai lembut lutut

marilah bergoyang... marilah bergoyang.. marilah bergoyang!!





tutorial untuk yang berani mencuba aksi ngeri goyangan ini;



dah cukup! esok pagi sambung bergoyang dengan budak-budak kat sekolah pulak.
good night =)

Sunday, January 24, 2010

contest ni mmg best. ada benda ajaib tau. AJAIB!

okey kali ini aku nak umumkan kepada segala makhluk yang gila kentang join contest bahawa 1 contest best telah dicipta. "TRENDY SHAWL CONTEST". anjuran geng gosip aku cik nurulain.


dah nama pun shawl contest, so cara menyertai pun berkaitan dengan shawl la kan. hanya perlu ambil gambar anda mengayakan shawl. dari pandangan belakang dan depan. buleh hantar berapa banyak penyertaan yang kau nak. gila baik penganjur ni kan.

aku tau sangat, ramai yang gila contest yang ada kaitan dengan posing-posing, mengayakan outfit ni. tambah pulak sekarang ni ramai yang gila cun + gorgeous mengayakan shawl. so, tunggu apa lagi, JOIN LA SEKARANG JUGAK!

yang bestnye tentang contest ni adalah ia juga terbuka kepada semua jantina. HEBAT SEH! bloger lelaki buleh suruh mak or kakak or adik or gf kau jadi model gayakan shawl. nenek pun buleh aku rasa. kau tak perlu la nak bersusah payah gayakan shawl kat kepala kau. BURUK rupanya nanti =)

dan ada perkara AJAIB!

dum dum dum dum *ini adalah bunyi gendang tarian naga. kasi suspen sikit..

juri jemputan contest ini adalah AKU! . amaran! aku sentiasa katakan TIDAK PADA RASUAH!
*sigh* tak sure la pulak apa kehebatan aku yang buat pihak penganjur sudi menyunting aku di taman untuk dijadikan juri. I segan tau! hik hik *gelak gedik.

okey, nak tahu lebih lanjut kau kelik kat sini; cik nurulain "TRENDY SHAWL CONTEST"

Saturday, January 23, 2010

potong potong potong

serabut mata dan menyampah tahap mengundang perasaan marah nak mengamuk baling-baling pinggan mangkuk tul la. semak biji mata tengok benda alah pukul-pukul bantal kat facebook tu.

tiap-tiap asyik kena clean benda tu dari porfile sebab dah tahap buleh naik gila bila semak mata memandang. dah la aku tak paham apa kejadahnya application pukul-pukul bantal gitu. tak mendatangkan hasil pun. perabis boraih ajo.

dah puas hati aku dapat block. cara nak block application ni; kau kelik application ni dulu. then dah masuk ke profile application ni, kau KELIK BLOCK PILLOW FIGHT. mudah je pun, tapi aku ni lembap sikit. dah berguni-guni maki hamun baru jumpa cara nak block. dah berkurang pahala puasa I tau pasal benda alah ni.



ha ni lagi 1 application sengal yang aku tak suka. tiap-tiap hari ada je yang send me a gift. suka sangat la nak bagi aku hadiah. tak pa kau simpan dulu hadiah-hadiah tu, nanti birthday aku kau bagi sekaligus. time tu aku terima dengan hati terbuka. sekarang kalau kau send, confirm kena maki dari aku. *okey aku maki depan laptop aku ni je. kau tak dengar kan. tapi aku tetap dapat dosa weh!

fine! aku dah block application hadiah-hadiah tu. PUAS HATI AKU!

block, block, block!

berkabung 7 hari


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.
Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.
Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

sumber: berita harian online


Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail



aku dah siap iron seragam hitam nak pakai kat sekolah esok. then tadi dapat mesej dari GB, esok di umumkan cuti. nak kena inform budak-budak kelas 5BERLIAN, diaorang semangat betul plan nak gotong royong bersihkan kelas esok. so, tunda ke minggu depan.

Wednesday, January 20, 2010

hatiku tertinggal di utara

aku dah meleleh air liur nak makan laksa penang buatan PUAN ZARINA ni. memang tak ada tandingan kuah laksa emak I di hati, sanubari serta lidah I ni. kuah laksa pasar malam yang masak dalam periuk tanah besar gabak tu pun tak boleh lawan kuah emak I tau. sedap sehingga menjilat mangkuk, sudu dan juga garfu.

tak sabar betul tunggu cuti CNY ni. masa first day lapor diri aku dah sibuk je bukak takwin sekolah. nak tengok cuti berapa hari. berbunga gila hati bila tau cuti seminggu. at least puas gak la aku menempek bawah ketiak emak dengan abah kan.

TAPI MALANGNYA! aku baru dapat tau, gb tak kasi cuti seminggu. cuti 5 hari je. plan asal sabtu ni sekolah ganti untuk cuti CNY, tapi dah benda ni tak diluluskan, so REDHA JELAH CUTI 5 HARI JE.

huuuwwwaaaaa *__*'


ha ni 1 hal lagi!
MAK AI!!! aku dah la tengah kesengketan ringgit dan juga sen. GILA kau! aku tak mampu dan tidak berbaloi-baloi untuk terbang ke utara. pengajarannya lain kali book tiket awal-awal. bukan dah nak terberak baru terkepit-kepit lari cari toilet!

alternatifnya terpaksa la menebalkan muka menyendeng-nyendeng nak tumpang kereta orang =) bukan tak nak naik bus, tapi aku memang mampu nak bertahan 10jam ++ dalam bus. kalau cuti lama berbaloi gak la sakit segala tulang dan urat aku ni. tapi setakat cuti 5 hari, sorry la.. TAK ADA MAKNANYA!


Monday, January 18, 2010

tetap rabun walaupun cinta dah ada di depan bijik mata

"gajah depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan jelas je pada pandangan mata"
sesuka hati je aku kaitkan peribahasa versi lintang pukang aku ni dengan kerabunan si cinta balqis ni.

sumpah aku memang meluat gila tengok cerita ni masa di awal-awal episod dulu. terpaksa tengok sebab dah tak ada aktiviti lain nak buat kat rumah masa cuti goyang kaki tangan sementara tunggu posting hari tu. serius aku rasa macam nak lempang je si balqis yang asyik teriak sepanjang masa. macam la boleh selesaikan masalah kalau dok teriak je. dah la menyusahkan mak dia. siap berkait menyusahkan segala orang kat keliling dia. nasihat orang tak dengar, tak sedar diri tu tak sebijak mat pintar pun. berbakul-bakul la mulut aku dok merampuih kat orang-orang yang tengok tv sekali dengan aku masa layan cerita ni.

ditambah pulak dengan ada muka si memey, bertambah-tambah geram membara, berasap-asap hati aku ni. memang pantang betul aku tengok muka si memey tu. walaupun dia bersalah kat abby abadi, aku tetap rasa kesakitan tu tau. ibarat cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit gak. OVER JE KAN. baik aku ngaku sendiri sebelum kau kata. aku tau mulut kau dah mengomel nak sebut benda tu. hehehe... aku minat weh dengan elite. dulu layan tul dengan lagu elite. paling aku minat lagu TRAUMA. feeling weh!

okey, kembali ke cerita asal. mulut aku sepanjang masa merampuih berbakul-bakul, tapi GEGEH dok tengok gak sampai ke episod last. tragis tul la si hassan tu. kesian je aku tengok keMALANGan nasib dia tul. bertimpa-timpa beban datang. bakat pengarah kat depan tv aku ni pun boleh tahan tau. aku predict si ezany tetap dengan balqis, rupanya hassan yang dengan balqis. ending yang agak okey, memuaskan hati semua pihak. kat mana la nak cari lelaki macam hassan tu kan. WUJUD KE??

dah habis pun cerita ni tadi. berkejar-kejar aku keluar tengok cerita ni kat kedai makan che wan. sadis gila tak dapat tengok TV3 kat rumah. puas search channel tapi still cam hampeh je TV3. TV1 dengan TV2 je yang clear. FINE!!!! ESOK JUGAK AKU PASANG ASTRO. siap sedia la dengar aku gebang, cewi-cewi dah pasang astro nnt ye =)


-end-




saja nak tayang selipar baru beli kat tesco petang tadi. nak pakai dalam rumah je pun. tapak kaki aku ni dah gatal-gatal dan jadi keras kematu pijak lantai tak pakai selipar. kurang hantaran i nnt u. harus tau menjaga segala yang berkaitan itu. hahaha!! gila bajet kiut la pulak sekarang ni semua benda nak kaler pink. sah kena kutuk je makhluk-makhluk berjantina lelaki ni. OKEY aku tahan telinga je =)


Sunday, January 17, 2010

hari bermanjaan bersama keluarga

ahad adalah hari bersama keluarga. mengeratkan ikatan kekeluargaan, bemanja-manjaan bersama keluarga tercinta. di sebabkan family aku jauh nun kat utara, jadi hari bersama keluarga itu digantikan hari bersama incik jantung hati, pedal, limpa, ginjal dan segalanya.




semalam ramai betul yang komen cerita adnan sempit best. boleh gelak sampai terguling. aku mmg berharap sangat ada entertainment yang boleh buat aku gelak terguling-guling, golek-golek sekarang ni. at least boleh lembapkan sikit kadar stress ni. semalam dah pergi body massage tapi cam tak berkesan sangat pun. rasa lega sekejap je.

SO tadi aku dan mr ehem memulakan agenda dating dengan tengok adnan sempit. layan gak lak. terbahak-bahak jugak la aku gelak, tapi tak da yang sampai tahap terguling pun. overall, not bad la cerita tu. watak si sam, along dengan angah yang aku rasa menghidupkan cerita tu. yang lain biasa-biasa je pun. yang pastinya cinema memang penuh dengan manusia. boleh bilang la berapa seat je yang kosong. sambutan memang hangat.

kesian mr ehem tiap-tiap minggu kena datang jb. berdating punya pasal kan. memang la tak da jauh sangat dari batu pahat, tapi penat jugak la kalau tiap-tiap minggu macam ni. next week tak dapat dating sebab mr ehem nak balik kampung. tak pa lah, nnt dah berduit aku pergi batu pahat lak. BATU PAHAT, AKU DATANG!!!!!!


Saturday, January 16, 2010

ini mmg tak sesuai untuk tatapan ibu mertua.


gambar dari sudut yang kelihatan seperti kemas dan masih suci tanpa ternoda dengan segala bagai barangan. cuma ada kotak buku, kotak kasut dan kotak printer di situ.


dan ini pula dari sudut yang bertentangan;


ya ampun!!! bilik anak dara mana la ni. tongkang pecah pun lagi cantik. KALAU aku la jadi tuan bilik tu, memang malu nak mengaku tu bilik aku. buat malu kaum je kan. MEMANG AKU TAK KAN MENGAKU!!


nota untuk ibu mertuaku;
BAKAL MAK MERTUAKU, MENANTUMU INI AMAT BUSY SEPANJANG MASA. TAPI MAK JANGAN RISAU YE, MENANTUMU INI AKAN MEMASTIKAN SEGALANYA BERJALAN LANCAR TERUTAMANYA LAKIKU IAITU ANAK EMAK. JANGAN PADAM NAMA BAKAL MENANTUMU INI YE HANYA KERANA GAMBAR-GAMBAR TONGKANG PECAH TU.


yeah, tadi aku dah berjaya beli langsir. colour pink gitu. bilik aku pun dah berkemas.dah tak semak macam tongkang pecah lagi.

sekarang ni tinggal nak beli katil, tilam, karpet dengan meja solek. tak sabar betul nak dapat gaji. CAVENZI ni tiap-tiap hari la pulak campak iklan depan pagar rumah aku. TERGUGAT IMANKU!!


Friday, January 15, 2010

new year contest


scarfs hunter menganjurkan contest untuk semua blogger wanita yang memakai shawls.
kelik scarf hunter untuk maklumat lanjut.


ini adalah koleksi shawls aku. ada banyak lagi sebenarnya, tapi ni je yang aku bawa ke rumah sewa. koleksi ni akan bertambah lagi sebab aku mmg suka pakai shawls.


.
.
.

dan inilah photo aku memakai shawls oren kesayanganku.

cepat! cepat! cepat! kena publish entry ni before 12.00mlm. jam loceng contest ni dah nak berbunyi. nanti jadi macam Cinderella pulak tercicir kasut kat tangga. okey in this case, tercicir shawls dalam almari. sebab ini adalah contest photo pakai shawls.


okey seperti syarat penyertaan, aku tag 2 rakan blogger yang suka pakai shawls jugak;

*_*


Terserlah Ayu Mu-kategori A

contest terserlah ayu mu by butik tejaz

.
.
.
.
kategori A (memakai shawls)


tak kira nak join jugak walaupun tarikh tutupnya hari ini. dah mengigil-gigil badan ni dah lama sangat tak join contest. ceh!! macam la dah bertahun lama la pulak padahal baru berapa minggu je pun.

sempat lagikan pihak penganjur?? sila la terima penyertaan i ni ye =)

cikgu adalah wakil rakyat, doktor, tentera, jurutera, penyanyi, pelakon tukang kebun, juga lain-lain



di sini dengan berbesar dan sesuka hati aku memaklumkan dan menanyangkan kepada semua sekolah tempat aku mengajar sekarang. hari ini genap 2 minggu aku pakai title CIKGU. masih dalam keadaan blur, tidak cukup kaki dan tangan serta mengalami masalah kesakitan tekak yang semakin kronik.

AKU AKAN MENJADI SEORANG GURU YANG SENTIASA POSITIF & TIDAK GENTAR MENYAHUT CABARAN.

kepada para guru, sila beri tunjuk ajar ye. bagi la apa-apa ayat perangsang kat aku ni. aku sangat-sangat-sangat berkeadaan seperti baby baru nak belajar jalan sekarang ni.


CIK NURUL SYUHADA MOKHTAR:
- guru kelas 5 BERLIAN
-guru science tahun 1 dan 5
-guru sivik & kewarganegaraan tahun 4 dan 6
-guru kelas tambahan science tahun 6
-guru hoki
-penyelaras tahun 5
-penolong penyelaras kelab dan permainan
-guru 2k (keceriaan dan kebersihan)
-guru unit uniform tunas puteri
- panitia science


walaupun aku dari major KEMAHIRAN HIDUP, MATHEMATICS dan P. JASMANI KESIHATAN, juga SEORANG AHLI PBSM, aku tetap akan jadi GURU CEMERLANG SCIENCE dan juga GURU TUNAS PUTERI YANG BERJAYA.


NO SWEAT!!!!!

Thursday, January 14, 2010

cerita kedai kopi

cerita kedai kopi.
cerita kedai kopi.
tiada hakim tiada saksi.
cerita sensasi di kedai kopi.


layan je pulak lagu malique feat salam ni. lirik dia compact seperti compact powder. ringkas, mudah dan menarik. yang penting PADAT!

kaitan antara kedai kopi dan compact powder adalah

.
.
.


aku dan mr ehem terpaksa berdating hari sabtu lepas sebab dia kena hantarkan segala bagai barang make-up termasuk compact powder aku yang tertinggal dalam kereta abah aku masa hantar aku lapor diri isnin lepas. dan kesannya kami berdating di kedai kopi sambil membincangkan segala isu semasa, terkini dan sensasi

alkisahnya macam ni. masa kat hotel aku guna segala barang make-up, then tinggalkan atas katil kat hotel. aku dah pesan pada p'qah tolong kemas brang-barang tu, masukkan dalam beg aku sebelum check-out sebab aku terkejar nak pergi taklimat lapor diri. then dah tak sempat nak balik bilik kemaskan barang-barang aku tu.

nak dijadikan cerita, si p'qah ni kemaskan barang-barang aku tu dengan cara MASUKKAN DALAM BEG DIA. bila dah sampai kat rumah cikgu yang aku menumpang sementara waktu tu, semua kuncu aku pun angkat segala bagai barang-barang aku tu ke dalam rumah. dan aku pun dengan confident nya fikir semua barang aku dah selamat ada kat dalam rumah. tak da satu pun yang tertinggal. maka kuncu-kuncuku pun bertolak la balik ke kedah lepas selamat tinggalkan aku kat johor ni.

selang dua jam kemudian.. bep.... bep.. bep... hp pun berbunyi.

abah; hello kak, barang make-up kak tertinggal dalam beg p'qah ni
aku; ha!!! ye ke. alamak!! abah kat mana dah tu??
abah; dah nak sampai air hitam ni
aku; huuuuwaaaaaa (aku mmg teriak betoi-betoi hokey!!) macam mana ni? kak nak pakai apa pergi sekolah nanti. semua barang make-up tak ada.
abah; jangan la nangis. tak pa la nnt abah pos.
aku; huwaaaaaaa (anak manja yang dah tak dapat control perasaan)
tettt... perbualan tamat.

dan akhirnya mr ehem jadi penyelamat. dia tolong ambilkan barang make-up aku tu kat tol air hitam. rupanya bukan make-up je tertinggal, tapi siap berpakej dengan 2 pasang kasut tau. sungguh CUAI!.

okey dah tak nangis =)

seminggu jugak la aku tak coret apa-apa kat muka ni.pucat lesi, huduh + buruk je rupa paras pergi mengajar kat sekolah.

dan inilah rupa paras kami yang terpaksa BERDATING;

betul tak tipu. ktorang memang terpaksa berdating sebab incident tertinggal barang tu. KTORANG CUMA PLAN NAK DATING SEJAK HARI AKU DAPAT TAHU AKU DIPOSTINGKAN KAT ULU TIRAM. KALAU BOLEH SETIAP WEEKEND KTORANG NAK DATING. tengok! memang terpaksa kan.


Tuesday, January 12, 2010

contest cikgu ada

pemenang contest cikgu ada jatuh kepada ;



jeng

jeng

jeng

.
.
.


tahniah!!!! cepat tepuk tangan kat diorang ni. kepada pemenang, sila emailkan alamat dan no phone anda ye kat rosahydrida@gmail.com.

aku cuba usahakan untuk pos hadiah secepat mungkin. tapi sebelum tu aku nak mintak maaf bebanyak-banyak kalau terlambat pos gak. al-maklum la aku ni dah robot sekarang. banyak sangat kerja nak kena buat.

even jawapan mereka ni tak berapa tepat, tapi aku terima je. sebabnya tempat aku dipostingkan ni dah tak jauh dari KOTA TINGGI. jawapan sebenarnya adalah ULU TIRAM, JOHOR BAHRU.

nanti aku story morry pasal sekolah baru tu ye. rasa cam dah tak cukup tangan sekarang ni *__*'

Monday, January 11, 2010

antara KOKO dan Samsung Corby Carnival



YEAHHHHH.. berita baik untuk aku dapat invitation ke Samsung Corby Carnival dari nufnang. gila best. ada peluang menang samsung corby yang cun.



TIDAK! TIDAK! TIDAK!
berita buruk untuk aku!

sayang beribu-ribu lemon sayang. aku dalam mood sangat-sangat frust tak dapat join carnival ni. ada aktiviti koko la pulak kat sekolah 16hb ni. perlu ke aku call GB sekarang bagitau dia yang aku ada hal sangat-sangat-sangat penting 16hb nnt. soal hidup mati dapat samsung corby yang kiut miut ni. aku dok mengidam lama dah nak pegang benda alah tu tau.

okey! aku pasrah. aku bagi peluang kat blogger lain jelah. gud luck guys!

sob. sob. sob .esok aku nak buat muka seposen depan GB =(

Sunday, January 10, 2010

kami bukan ALONG, tapi mau TOLONG


ini story mory about ALONG. bukan ALONG yang moskot tu. tak tak? ala yang ada siti sifir pakai spek kanak-kanak rebina tu. kau mesti pernah tengok kat cerita tu kat tv dulu. glamer tau masa zaman kegemilangan kanak-kanak aku dulu.

AKAK LONG dan ABANG LONG juga sila jangan perasan ye. aku bukan nak cerita pasal ALONG kepada Angah, ALANG, ACIK dan sewilayah persekutuan dengannya hokey.

ALONG yang aku maksudkan adalah yang GANAZZ, OTAII, POWERR, GENGSTERRRR. dan paling utama adalah golongan pencemar signboard jalan, segala tiang tepi jalan dan segala dinding yang ada. kat dinding rumah kecik orang uuukkk pun diorang ni layan.

diorang ni mmg sangat pemurah. kau tak da duit ek? pergi je cari ALONG ni. settle semua masalah kemiskinan kau. mmg confirm settle. kau takyah pikir langsung dah masalah tu. SEBABNYA kau dah dalam tanah pun. sungguh logik kan.


ni la rupa rumah peminjam ALONG. alternatif nak sembunyi dari ALONG. tampal segala newspaper lama kat tingkap dengan harapan bila ALONG datang nak serang peminjam, dia tak dapat nak tengok ada orang ke tak kat dalam rumah. so boleh rupa-rupa konon tuan rumah dah berpindah.

sangat sangat sangat bernas dan logik kan idea ni. okey sila praktikkan. ini adalah tip berguna kepada semua peminjam ALONG.









hal sebenarnya adalah, aku tak mampu nak beli langsir kat rumah baru sewa ni. so letak newspaper cina ikhlas dari tokey kedai penyapu. gila muka tak tahu malu mintak newspaper lama kat kedai masa beli barang. peduli apa kan, asalkan JIMAT DUIT!!!!

Thursday, January 7, 2010

minggu pertama dan dugaan



Ya Allah... kuatkanlah semangat aku. tabahkanlah aku untuk mengharungi ujian ini. kesedihan yang amat sangat. apa salah aku?? kenapa aku tak ada peluang nak betulkan keadaaan. aku bukan BURUK macam sangkaan tu.






MODE SEDIH. BARU LEPAS NANGIS MENGADU KAT INCIK MOKHTAR *__*'

Saturday, January 2, 2010

top 3 artis ^%^&*^*$#$#$@$

artis yang dapat undian tertinggi adalah

TARAAAAAAAA

.
.
.
.



fasha sanda yang penuh controversy, penuh kepura-puraan, penuh dengan lelaki orang, dan penuh dengan segalanya. aku tak rasa hairan langsung pun dia ni dipilih untuk jadi artis yang orang ramai dah malas dan meluat nak ambil tahu tahun 2010 ni.

rupa cantik tak semestinya orang suka. maybe masa pandangan pertama orang tertarik. tapi bila dah tengok pulak pada perangai. OMG!!! meluat mak. tak guna ada rupa yang cantik, kalau perangainya sangat kepura-puraan!! budi bahasa ni bukannya boleh dilakon-lakonkan. orang dapat rasa la yang mana palsu, yang mana betul.

top 2 & 3 jatuh pada ustaz akhil dan norman hakim. sesuai sangat la tu =)