Sunday, February 28, 2010

menjiwai watak perempuan chomey


aku ada terbaca beberapa blogger tulis pasal rating pengunjung yang usha perempuan yang duduk senyap depan webcam dan buat muka chomey. so, tiba-tiba terasa gedik gatal2 mulut serta bijik mata untuk beraksi chomey di depan webcam jugak.

dan hasilnya;
.
.
.
.


ni bukan muka chomey tapi muka geli ketiak. ketara gila aku tak berbakat besar macam perempuan mata besar tu kan.



okey, jangan patah semangat. cubaan kali kedua.
.
.
.

.
.


jelas muka geli ketiak je yang kelihatan kan.kesimpulannya aku tak berjaya.



p/s~ gambar-gambar muka geli ketiak depan webcam ni wujud masa aku tengah tunggu mr ehem pagi tadi.


Saturday, February 27, 2010

dulu benci, sekarang sayang. manusia memang tak reti nak hargai waktu masih ada. tapi akan kenang waktu dah hilang


gila meluat waktu sekolah dulu. malas betul nak bangun pagi pergi sekolah. Ha padan muka aku. sekarang pun tiap-tiap kena bangun pagi pergi sekolah. bezanya dulu study. sekarang mengajar.

.pintu pagar asrama SMKY.

masa cuti CNY hari tu, tiba-tiba je datang mood gedik nak ceroboh kawasan sekolah lama aku. dekat je dari rumah aku. tapi dah lama sangat aku tak jejak kaki kat sekolah tu.
2 tahun je aku study kat sekolah ni. aku daftar masa form 1. kalau tak silap 12 Oktober 1999. then lepas je PMR, aku dah pindah ke sekolah teknik.


walaupun sekejap je kat sekolah ni, tapi macam-macam kenangan ada. aku lagi suka kenang kenangan kat sekolah ni dari sekolah lain yang pernah aku study.

banyak yang dah berubah kat sekolah aku ni. sekarang makin ceria, tak macam dulu. agaknya kalau waktu aku study dulu keadaan macam sekarang mesti aku dah dapat straight A's..
hahaha.. kalau dah otak tu lemah, tak da maknanye ada kaitan dengan keadaan sekolah.


kesengalan di padang sekolah. kat belakang tu adalah gunung jerai. sanggup je tahan panas demi dapat capture latar belakang gunung jerai tu. kegigihan kami jelas ketara pada hari itu.


dulu tak teringin langsung nak bergambar kat lokasi kejadian. entah kenapa sekarang ni rasa cantik pulak lokasi kejadian tu. mula la terkeluar rasa menyesal tak sayang muaaaksss2X kat sekolah aku ni dulu. sepatutnya aku belajar betul-betul dulu. rajin pergi sekolah. baru boleh berjaya. mesti aku dah jadi doktor sekarang kan.




tapi kalau aku jadi doktor sekarang, aku tak da peluang la nak berucap kat stage macam ni. tengok je diaorang ni, teringin kau nak merasa berucap kat stage. aku tak heran pun okey! tiap-tiap hari I boleh buat perkara ni. jangan jeles... hehehe


dan aku bersyukur ditakdirkan ke sekolah lagi sekarang sebab tiap-tiap hari aku dapat tengok visi misi sekolah macam dalam gambar ini.


bersyukur lah dengan apa yang kita ada sebelum kehilangannya. ~ aku tak tau motif apa ayat ni. kau buat-buat paham jelah ye =)

Friday, February 26, 2010

i bayar cash darling


tiba-tiba je degupan jantung ni kencang. macam baru lepas pecut 100 meter pulak. Maulidur Rasul hari yang baik. tapi aku baru je dapat berita yang buat telinga aku panas, jantung macam nak jatuh.

aku dah memang predict benda macam ni akan jadi. cuma menunggu hari je. andaian aku tu memang dah jelas terbentang hari ini. Allah swt tunjuk juga pada aku akhirnya. so, mudah la urusan aku lepas ni. tak payah nak pening-pening kepala lagi. aku dah boleh pikirkan benda lain selain U! aku memang pantang sangat pada manusia yang suka sangat nak main-mainkan hati dengan aku. U ingat I ni objek untuk layan hobi U ke?

sekarang jugak I bayar cash apa yang U buat hari ni ye sayang.

i ada date malam ni. dengan siapa, u teka la sendiri ye =)
tiket dah book. U nak tau ke pukul berapa? tak payah bagitau la, nanti u kacau I dating pulak. U pun tak suka kan I call waktu U tengah ada urusan penting. so sorry dear =)


Wednesday, February 24, 2010

pantun sangap hendak


makan bersama datuk,
saya sudah mengantuk.


okey, aku habiskan ayat tajuk entry ni ; pantun sangap nak tidur.


sekian pantun dua kerat untuk malam ini

mari ke pasar malam,
selamat malam.


sempat rest 5 minit je petang tadi. balik je sekolah terus tukar uniform. then terkejar pergi sekolah balik. jadi tukang cat la pulak hari ni. layankan semangat anak murid yang over excited nak cantikkan kelas diaorang. ikutkan hati aku ni malas sangat nak mengecat. tapi kesian pulak kat budak-budak tu. kalau next week tak dapat anugerah kelas tercantik, siapla budak-budak tu aku tibai.


pinjam anak orang sat. sekadar gambar hiasan nak menunjukkan persamaan semangat mengecat antara aku dan budak ini.


arena cat-mengecat ni adalah part-time job aku. tiap kali tukar sekolah mesti dapat job mengecat. dulu dapat job cat bengkel kemahiran hidup. then naik taraf sikit jadi tukang cat bangunan library. latest jadi tukang cat kelas pulak. pasni confirm aku dapat tender cat rumah pulak. bakat dan banyak kali diasah ni.


dah cukup! hentikan bebelan dari terus berlanjutan

bye

Tuesday, February 23, 2010

perjalanan 11 jam melalui jalan darat

bila nak bukak cerita pasal perjalanan, jarak aku teringat je 1 scene dalam senario lang buana. 'habis sebatang rokok orang kaya'. kau pernah tengok tak cerita tu? aku suka jalan cerita tu. ada banyak mesej tersirat yang sangat berguna.

okey, ni kisah kelenguhan otot-otot dan sendi. ahad lepas aku dari kedah ke johor. cuti dah habis. tapi HATI nak cuti lagi. sepanjang jalan melayan perasaan jelah.

muka kepeningan mengadap laptop dalam kereta. aku memang tak buleh membaca or buat something yang kena focus masa dalam kereta. mula la rasa pening pastu loya je. tapi kalau berangan tidak memerlukan focus terutamanya bahagian mata. JADI yang tu aku buleh buat.


tengok je la gambar-gambar sepanjang 11 jam tu ;

tersangkut tengah highway lebih kurang 30minit. masih tidak mengetahui punca kesesakan tika itu.

driver yang sangat santai. sedang memotivasikan diri sendiri seolah-olah memandu di tepian pantai dalam keadaan yang santai sambil menikmati kacang rebus.


co-pilot yang banyak memberi persoalan berkaitan hati. sesi luahan perasaan yang sangat mengujakan.


punca telah diketahui. telah berlaku kemalangan




lebih kurang 7 biji kereta terlibat. langgar bontot. masa ni hujan lebat jugak la. agaknya kereta-kereta tu tengak laju then tiba-tiba kereta yang kat depan brek mengejut. then penyondolan berlaku lak. sampai ke atas bumbung kereta kau.

insaf seketika!

yang menarik perhatian seterusnya adalah bas menunda lori mini. hairan je aku tiba-tiba je pulak bas tu jadi kereta tunda lori mini tu. *yeke nama kenderaan tu lori mini? suka hati aku je bagi nama. asal kau paham kita okey la ye =)



dan dengan segala usaha yang gigih kami memotong bas dan lori mini yang berkeadaan pelik itu. okey inverstigation selesai. kat depan bas tu ada trak tunda. trak tu tunda bas dengan lori mini tu sekaligus. badan bas tu dah rentung pun. tak sempat snap la gambar kerentungan bas tu. kau paham-paham la aku ni bukannya ada bakat dalam seni-seni mengambil gambar ni kan.


tak sabar nak balik kampung cuti bulan 3 ni. tapi tak sanggup nak mengejangkan otot dalam kenderaan. APAKAH PENYELESAIKAN KEPADA PERMASALAHAN INI?

rumit kan!


Monday, February 22, 2010

hari yang mengantuk menjadi bersemangat rentetan budak-budak itu berjaya membuat bontotku mengembang


puas hati aku dapat taip tajuk panjang berjela kali ni. aku nak memudahkan kau orang memahami cerita ni je. tak payah pening-pening macam karangan SPM. anggap je ini hanya karangan UPSR. atau sekadar berita di dalam surat khabar. baca tajuk je pun dah buleh predict apa content nye.


memandangkan dah 1 week aku membela badan melepak cuti-cuti Malaysia dan hilang ingatan tentang hal kerja, so hari ni otak ni payah sikit nak beroperasi dengan kadar yang laju. *kalau hati ingat nak cuti lagi , malas nak kerja memang macam ni la jadinya. muka pun sekupang je hari ni masa masuk pagar sekolah.

TAPI!!!!

lepas masuk je kelas 4 Zamrud tadi, tiba-tiba muka sekupang ini berubah menjadi Ringgit Malaysia Seribu Sahaja. dan inilah penyebabnya:



aku berkembang sebanyak 20%


pengembangan makin bertambah ke paras 80%. tak buleh tahan betul budak ni kata aku COMEL dan sangat PUTIH!!
OMG!!!
comel tu memang ye la kan, aku tak nafikan. tapi sangat putih tu macam ada udang disebalik mee je. budak ni nak perli aku ke apa. TAPI tak pa, sebagai guru, aku kena berpikiran positf, jadi aku anggap budak ni memang IKHLAS seikhlasnya puji aku..

hik hik hik . jangan muntah hokey! teruskan membaca ;)


pengembangan ke tahap 100%


dan akhirnya baju ku hampir terkoyak. TIDAK! TIDAK! TIDAK!
better aku keluar dari kelas ini sebelum pengembangan terus berlaku.
*sila ambil perhatian kat perkataan LEMAH-LEMBUT tu ye. itu memang aku!



Task IDOLA SAYA ni aku bagi sebelum cuti CNY hari tu. hari ni baru aku kutip buku budak-budak tu. terbahak-bahak aku baca ayat diaorang ni. sejenis entertainment tau benda macam gini. ada yang nak jadi macam DIANA RAFAR, MILA, P RAMLEE, bekas PM TUN ABDULLAH HJ BADAWI, ERRA FAZIRA, LEE CHONG WEI, DAYANA IDOLA KECIL macam-macam lagi la.


kau tak muntah kan? _okey ini adalah ayat penutup.

Sunday, February 21, 2010

jom berguling-guling

baru je sampai rumah sewa. YA RAbbi sangat penat. 11 jam duduk dalam keadaan kejang dalam kereta. segala tulang urat saraf ni sudah tidak mampu berfungsi dengan normal. mata pun dah kuyu tak mampu nak bertahan dengan batang lidi lagi.

maka dengan itu, I nak berguling bergolek telentang dan segala yang berkaitan di atas tilam yang empuk disamping memeluk bucuk I.

pergi ke gua kelam,
selamat malam,



tiba-tiba promosi shawl pulak kat sini. hahaha.. visit ada closet




p/s- tolong kejut aku pukul 6.0opagi esok ye, karang pergi kerja pulak aku esok. +__+


Saturday, February 20, 2010

ramai orang sudah gila

macam dah lama rasanya tak join contest. patut la dah mengigil-gigil bagai nak demam je. penyakit gila join contest dah datang lagi. makin ramai dah kena jangkitan virus ni. merata-rata di sana sini contest. bak kata en KARAM 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan'.

coming soon!!

anjuran = honeybee, tarikh tutup = 28 February 2010

anjuran = shoppaholicshawl, tarikh tutup = 27 February 2010


pasir puteh tepi pantai, ombak saling berkejaran

lokasi kejadian = seperti tertera di dalam gambar di atas



adalah dimaklumkan bahawa entry ni sudah berzaman lamanya. sudah tumbuh janggut. walaubagaimanapun aku tetap dengan penuh rasa gigih menyatakan di sini aku tetap nak mewujudkan entry ni jugak.


kami adalah =
.
.
.
.
.
.

hasil karya mr ehem kala panas terik matahari tegak di kepala. harus di simpan gambar ni sebagai bukti janji untuk ditayangkan kepada cucu cicit ku. see!! sangat berpandangan jauh kan.

macam makin debab pulak appa I ni. tapi dia sentiasa bajet slim pinggang kerengga. padahal saiz seluar makin bertambah je. tapi takpa. I TETAP SUKA! empuk u!




aku dah tak ingat tarikh percandaan di tepian pantai ni berlaku. makin bermasalah lalulintas ingatan aku sekarang ni. sudah tua agaknya. incik mokhtar kata ni semua sebab aku banyak sangat makan buah mangga masam. TAK BULEH TINGGAL LA!! kegemaran sehingga menjilat garam dan belacan kalau dapat buah mangga tau. cikgu aku masa darjah 6 pun ada pesan, jangan banyak makan buah pauh (mangga). nanti tak dapat 5A UPSR. aku pun ikut je kata-kata dia dulu. tapi sampai hari terakhir UPSR jelah. pastu memang mengigil-gigil aku cari buah mangga.

kena tanya mr ehem ni bila tarikh percandaan di tepian pantai ni berlaku.

mr ehem i dah pandai main kamera sekarang ni. dulu muka sekupang lima duit je bila i gedik-gedik keluarkan kamera. sembunyi-sembunyi candid gambar dia. sekarang ni dia dah pandai bagi respon. I LIKE!! dah terkena jangkitan aku la tu kan.



Friday, February 19, 2010

geng anak dan mak dara

pejam celik dah hampir 2 bulan aku hidup sendiri sekarang. dah kena bertanggungjawab untuk diri sendiri. dulu pun bertanggungjawab jugak, tapi sekarang ni lagi bertanggungjawab. dah buleh jadi bini orang kot. gila GATAI!!
segala urusan duit untuk makan minum, sewa rumah, segala bil air, elektrik, astro, telefon. tak lama lagi kereta dah kena urus sendiri. *wah galak gila bagi klu perkataan kereta tu. hak hak hak. kalau dulu cukup bulan je mula la mesej incik mokhtar buat ayat anakanda sedang mengalami musim kering kontang, ketandusan. sekarang ni jangan harap la dapat buat muka tak malu macam tu lagi.
aku tak pernah kenalkan lagi kat kau insan-insan terdekat dengan aku sekarang ni kan. muka manusia-manusia ni aku kena mengadap setiap hari sekarang. bangun pagi nampak diaorang. breakfast dengan diaorang. pergi kerja dengan diaorang gak. lunch dengan diaorang. dinner dengan diaorang. tidur pun kadang-kadang dengan diaorang. layan halimah jongang dengan diaorang. dan yang paling penting GOSSSIIIP dengan diaorang.
DIOARANG adalah housemate aku. kami menyewa kat taman dekat dengan sekolah tempat kami mengajar. sewa rumah RM600 sebulan, ada 4 bilik dan 3 bilik air. *perlu ke aku bagitau benda ni? hak hak
asalnya 5 orang makhluk menginap dalam rumah tu. termasuk aku la tu. tapi jodoh tak lama. sorang dari housemate aku dapat pindah ke muar ikut suami dia. rezeki dia la agaknya walaupun baru je posting dah dapat pindah. jadi apa ditunggu lagi, jom aku kenalkan diaorang ni kau kau.
kau kenal tak dia ni?? nama dia cik ada. kerja cikgu. paling muda dalam rumah sewa kami. PALING PENTING status SINGLE!! anak dara lagi u!
+__+
ceh! galak tak sedar diri pulak nak berstatus single. jenuh aku nak memujuk mr ehem kalau dia baca statement tak sedar diri aku ni. okey i betulkan statement ni ye. SINGLE but NOT AVAILABLE.

ni la housemate aku. DAYAH dan INA. dari pahang dan terengganu. masih berstatus anak dara. memang otak sempoi diaorang ni. layan jelah kepala gila kentang GOSSIP. walaupun baru je kenal tapi dah macam-macam scene suka duka kami share sama-sama. diaorang ni pun dah muak kot tengok adegan aku melalak berjurai air mata.


housemate aku lagi sorang nama Yan. tak da dalam gambar ni. sebabnya masa kami sibuk dok bergambar dia pulak sibuk dok shoping cari barang hantaran. okey, isi tersirat di sini adalah dia bukan lagi anak dara. dah selamat menjadi isteri orang 15 hb lepas. tahniah YAN.


merakamkan detik bersama meraikan gaji pertama kami di tebrau city. kau tengok keterujaan jelas ketara dari pakaian si INa tu. sampaikan tak sempat nak tukar baju. balik je dari sekolah terus layan shoping sampai lebam kaki.

Thursday, February 18, 2010

aku suka kelapa kau suka abc

panas betul cuaca sekarang ni. tak tertahan aku, dah macam bersauna pulak. tak payah susah-susah nak berkurung dalam kotak sauna tu lagi. peluh dah boleh mencurah-curah sepanjang masa je ni.
memang tak hairan la kalau lemak tak sempat nak bertempek kat
badan aku ni. tak merasa badan montok la nampak gaya ni. persepsi aku masa dari zaman baru-baru nak kenal alam perkataan cinta, lelaki suka perempuan/wanita berbadan montok. seksi kau!! tapi sekarang aku rasa setiap lelaki ada kriteria pandangan diaorang sendiri. ramai je lelaki yang suka perempuan jenis kurus kering. yelah, kalau semua mata lelaki tu sama je, maknanya tak laku la golongan model kan. tak laku jugak la aku ni. ada kaitan ke badan aku dengan model? hah!! pikiaq sendiri la noh. +__+


ooppsss!!! sudah off topic nampaknya. mentang-mentang dah lama tak update story morry, penyakit merapu aku ni macam makin merebak pulak. kau boleh bersabar lagi kan? hik hik hik *aku redhakan kalau kau bayangkan aku sedang bergelak dengan muka gedik buat masa ni.



sedap betul la kalau dapat minum air kelapa muda. gila meleleh air liur aku teringat kesedapan, kelazatan, kelemakkan air kelapa waktu-waktu kepanasan cam gini. buang tebiat pulak kalau suruh incik mokhtar kait buah kepala tengah-tengah malam gelap gini. tapi serious!!! aku tengah mengidam ni.
terkenang kesedapan menghirup air kelapa di tepi pantai. sejuk je masuk dalam kerongkong ni. ditambah pulak dengan suasana angin bertiup kencang sampaikan nak tertanggal shawl aku. bukan stakat shawl je, dengan aku sekali bagai nak terbang. habis terselak shawl i. uppsss seksi tau!. ditemani si jantung hati bersama abc melimpah ruah. YUMMYY!!! nak rasa abc u sikit b.. *ceh! geli siot buat ayat getikss gini.





esok aku update story sesi cinta cintun bersama mr ehem kat tepian pantai dikala panas terik. entry tertunggak tahap berjanggut sebenarnye ni. tapi aku tetap gigih nak tanya kat kau jugak. tunggu ye!!




petua tidur nyenyak



sila ambil perhatian ye. tidur nyenyak tak mempunyai erti yang sama dengan tidur berdengkur yang bunyi kadang kala seperti siren kereta bomba, kereta polis mahupun ambulans. ia juga tidak sama seperti manusia yang mengeluarkan bunyi persis keretapi sedang bergerak semasa tidur.

GILA KAU!

tetiba je pulak ada muka geli-geli kat sini

aku memang pantang betul la dengan manusia-manusia yang sangat hebat mengeluarkan macam-macam bunyi aneh masa tidur ni. terbantut segala mood tidur aku tau. rasa macam nak letak bom je dalam mulut si pengeluar bunyian aneh tu. mintak dijauhkan la dari dapat laki kategori ni. tapi orang kata laki yang merokok biasanya tidur berdengkur.. betul ke? OMG!!! tak sanggup akak nak sekatil dan sebilik dengan makhluk sebegini.


sekadar gambar hiasan yang dijumpai dalam google. cumel kan rupa kanak-kanak time tidur.



okey, bebalik pada tujuan asal aku. tadi aku layan show 'jangan tidur lagi' kat tv3. kau ada tengok tak? then aku tertarik dengan petua nak dapatkan tidur yang nyenyak dan secukupnya dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah. antara petua yang dia bagi exercise pada waktu petang untuk membiarkan badan rasa letih agar mudah tidur dan makan malam sebelum matahari terbenam bagi membolehkan kalori dibakar. kalori lebih mudah dibakar semasa matahari masih ada.

selain tu, amalkan minum susu dan makan coklat sebelum tidur. katanya ini boleh memudahkan proses tidur. kesukaan aku la ni. aku selalu je makan coklat sebelum tidur. patut la mudah sangat-sangat aku tidur. ha!!, tabiat tidur dengan muzik tak digalakkan. sebabnya ia menyusahkan proses nyenyak tu. lagipun takut payah nak mengucap kalau ditakdirkan kau jadi arwah time tidur.

cuba tidur dalam keadaan bilik yang gelap. kalau dinding bilik warna coklat lagi bagus. suasana macam ni boleh buat kau rasa terdorong dalam mood mengantuk. so lagi cepat la proses peniduran tu berlaku kan.

ada banyak lagi yang dia sebut tapi ni je yang aku ingat buat masa ni. nnt kalau datang balik ingatan aku ni, aku update lagi ye. selamat malam =)


Wednesday, February 17, 2010

habis madu sepah dibuang


ni la rupa paras teman baru aku sekarang. Samsung N150 Netbook. warna luar netbook ni merah bukan pink. niat asal memang nak cari warna pink. tapi tak jumpa la pulak. so merah pun ok la. kira adik beradik la tu kan.

pening jugak kepala aku ni masa nak beli. macam-macam pilihan ada. semua lebih kurang sama pulak tu. dari segi harga dan perkakasan dalaman serta luarannya tak ada beza pun. hp, dell, acer, toshiba semuanya mantap.

aku ni memang dasar buta warna bab-bab benda-benda canggih ni. so belasah jelah yang mana aku nampak macam ok. harapnya boleh bertahan lama la teman baru aku ni. ni la hasil gaji first aku =) Dah lama aku mengidam nak beli netbook yang solid molid kecil kiut miut ni. senang aku nak mengusung ke hulu hilir. lagipun aku ni setakat guna untuk online je pun.

laptop lama acer aspire 5570, aku dah derma kat anies, my sis. tradisi keluarga weh! kalau baru study kena pakai laptop cabuk dulu. bila dah masuk tahun 2 or 3 baru buleh pakai laptop baru.

Tuesday, February 16, 2010

bulan ini bulan cinta

gian weh dah lama tak upload gambar kat blog aku ni. kau layan gambar jelah ye. aku pun tak kuasa nak taip panjang berjela ni. hidung dok berair je ni. tak puas tul la time cuti gini kena flu pulak. tak tahan tul aku dengan cuaca kepanasan ni. ni baru kat dunia. akhirat nnt tak tahu la macam mana gayanya ni. *mode keinsafan seketika =)

okey, cerita pasal musim mengawan di bulan februari. org puteh kata Valentine Day. disebabkan aku tak berapa puteh, so tak sambut la. bagi aku setiap hari adalah hari berkasih sayang. kalau mr ehem nak bagi bunga setiap hari pun aku tak kisah. i terima aje dengan sepenuh kasih sayang. walaubagaimanapun, aku tak pernah dapat sekuntum bunga pun dari mr ehem . huk huk huk. U! i tak berkecil hati pun. =) tengok! i boleh je senyum ni.
berbalik pada kisah asal. ni aku upload gambarajah suka ria waktu perjumpaan rakan-rakan seperkolahan di majils kahwen laily rashid dengan wan hasyim pada 14 februari 2010 di Dewan Dato' Madi iaitu di depan rumah aku.
Diorang ni 1 sekolah dengan aku masa sekolah menengah. tapi aku dah tak cam la pengantin laki tu. agaknya dia dah berubah kot.

nani, aini, fazdilah, anis, nafisah, laily (pengantin), muna, cik ada, hasni, wan salmi.


acara berangan menjadi pengantin bersanding di pelamin



first time aku pakai pashima. serabai la pulak rasa.




incik mokhtar dengan puan zarina pun pilih tarikh 14 februari 1984 sebagai tarikh pertunangan diaorang. aku pulak? okey, kena bincang dengan mr ehem dulu ni. hik hik hik