Thursday, December 31, 2009

bersama incik azam di tahun baru


assalamualaikum. salam 1 Malaysia. okey aku sedang bersopan memandangkan mahu memulakan hidup baru beberapa jam lagi. azam aku akan menjadi manusia yang lebih, lebih positive dalam menilai semua perkara, lebih banyak bersabar, jadi anak yang solehah, dan lebih rajin membodek untuk dapat khidmat cemerlang. azam tu semuanya betul KECUALI BAB BODEK tu. tak kan la aku nak buat cam gitu kan. tak berkat hidup tau =)

selamat tahun baru semua. semoga kehidupan kita di tahun baru 2010 ni lebih diberkati dan dapat kejayaan melimpah ruah.

okey cukup! tak da masa nak tulis panjang lebar, I tengah bizi cari rumah sewa ni tau.

hidup baru di dunia baru

tinggal 3 hari je lagi aku nak menghabiskan sisa-sisa boleh bertempek di bawah ketiak emak. OMG!!! aku akan merindui family ceria riang ria nnt. anies dah balik langkawi. esok syima lak pergi praktikal kat pengkalan hulu. aku lak akan ke johor. (daerahnya aku tak kan bgtau, sampai contest teka lokasi aku dipostingkan tu tutup. kau teka la ek.. hehehe)

pejam celik pejam celik sekejap je dah nak habis cuti ni. dah nak kena mulakan hidup baru. wah bunyi bukan main hebat je kan. 'new chapter of my life' . mesti le bunyi kena gah. aku dah start kerja hokey! dah boleh pegang duit sendiri hokey! takyah mereka segala bagai ayat belas ikhlas dari incik mokhtar. fine, selepas 3 bulan kerja baru buleh rasa duit sendiri. tu pun kalau kerani sekolah tu sangat efisyen. hopefully =) ... sila doa aku dapat gaji cepat ye.


Wednesday, December 30, 2009

tips hilang 4kg dalam masa 3jam

mahukan badan solid molid ala-ala model slimworld?? ye, macam badan aku la tu. dasar perasan! ye mmg aku slim pun, tahap kurus kering. okey, aku ada tips berguna untuk mereka yang mengalami masalah berat badan, peha drumstick, bontot lebar, lemak mengelebeh dan sewilayah dengannya.


caranya mudah sahaja. hanya memerlukan sebuah basikal. kalau tak ada, pinjam je basikal anak jiran sebelah rumah. kalau tak da jiran, boleh sewa je basikal. dan ini lah peserta program buang lemak anjuran aku bersama basikal yang disewa. dua jam 5ringgit. berbaloi-balai demi lemak yang mengelebeh tu.


peserta PBL (program buang lemak). muka cekal je masa register. berani menyahut cabaran demi badan seperti kerengga.


peserta yang paling cekal. sungguh aktif dan harus dicontohi oleh peserta lain. tengok! buktinya baru je beberapa minit register, dia sudah dapat potongan badan yang sewilayah dengan aku. tahniah kepada dia. peserta contoh ni tau. *sengal je. buleh percaya la sangat. hahaha . minah ni mmg dah sedia slim la sejak azali kejadiannya. takpa, anggap la penipuan aku tadi sebagai motivasi untuk bakar lemak-lemak tegar tu ye.



setelah 30 minit berbasikal naik turun bukit, inilah yang terjadi. muka sudah hampir mejadi hijau!!. nasib baik bawak bekal air. nampaknya peserta memerlukan rehat selama 5 minit.






selain membakar lemak, peserta juga disemai dengan semangat cintakan alam sekitar serta cintakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai vitamin baik untuk tubuh badan. harus singgah bergambar di ladang buah naga, ladang buah betik, ladang buah limau, ladang buah labu, ladang sayur kangkung, ladang cili...... banyak weh nak list. tubuh badan akan sihat sekiranya amalan pemakanan yang sihat diamalkan. seperti yang disarankan, pengambilan diet sayuran dan buahan adalah sangat berkesan. ayat skema di dalam kelas. hahaha..


meneruskan mendaki bukit. sila guna gear rendah ye. bagai nak tercabut kaki aku kayuh basikal ni. dah tak tahan, aku tolak je basikal tu. TERCUNGAP-CUNGAP!!!!!!



ini yang terjadi apabila segala tenaga sudah pada level warning. siap bunyi siren bip bip bip. bagai nak pitam weh!!! nasib baik gak la ada bangku ni, kalau tak mmg dah sah aku terbaling guling-guling atas jalan tu je. kena ambil masa 5 hingga 10 minit jugak untuk recover ni. dan seketika kemudian, terus begini;

kau mmg dasar gila kamera!! sambung bergambar. hahaha.. motip membuang lemak di peha diaorang tu sampingan je act. motip utamanya adalah bergambar sampai muntah. peserta program sudah tinggal 2 orang. sudah ada yang menarik diri nampaknya. dia sudah bersenang lenang dibawah bukit menikmati pemandangan kolam ikan sambil makan ice-cream markisa. cis!!!


okey, apabila sudah kehilangan lemak mengelebeh, program diteruskan dengan aktiviti amalan pemakanan yang sihat ;makan sayur je tau. fresh dari ladang ni. semuanya dibaja dengan baja organik. mmg gila sihat!!! aktiviti melantak sampai buncit.


berkhasiat, lazat dan fresh! patut cuba air buah naga ni tau. dadih buah naga ni mmg besh. sejuk je masuk kat kerongkong ni.

lokasi penggambaran; ZenXin Organic Park, Kluang, Johor.

tak da maknanya kalau setakat sekali tu je kau berbasikal keluar peluh, lemak bagai nak rak. pastu sepuluh tahun kemudian pulak baru nak keluarkan peluh balik. banyak cantik kau nak kurus cam gitu. mmg tak terbakar la lemak pejal kau tu.


Tuesday, December 29, 2009

bila sofea jane menahan batu dikepala


ya ampun, rimas betul keadaan emosi yang bergelora, berkeladak ni. kepala ni berat semacam bagai menanggung seketul batu besar je. kau tengok cerita cucu betong tak? HA!!!, cam sofea jane dok tahan batu besar yang nak hempap kepala dia tu.

sungguh ting tong sekali.

bila kepala dah rasa ting tong, maka mood mula berubah. terasa seperti mahu telan orang je sekarang ni. okey, ada perubahan. cincang dulu orang tu sebelum telan. takut terlekat pulak.


WARGGGGHHHHHHH!! sangat sangat sangat sangat serabut kepala otak.

anda mahu menjadi penoreh getah yang cemerlang? ikuti tips ini

I dah jadi penoreh jaya, U bila lagi.
jangan fikir hanya dengan menyertai MLM je anda akan mendengar testimonial I sudah berjaya, U bila lagi.

anda pernah menoreh getah? tidak pernah ye. sebenarnya kerjaya sebagai penoreh getah ni sangat bagus tau. selain hasil yang lumayan, anda juga akan mendapat ketenangan bila berada di kebun getah. saujana mata memandang serta meleleh-leleh peluh menitis.


untuk menjadi seorang penoreh getah yang cemerlang dan terbilang, sila berpakaian sebegini ye. pakai seluar panjang bagi mengelakkan pacat merayap di kaki anda.. jeans lebih afdal untuk memastikan pergerakan anda tidak terbatas. baju berlengan panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk. jadi anda tidak perlu tergaru-garu. harus pakai tudung bagi muslimah yang sudah baligh. make sure tudung tu colorful, ini dapat menakutkan haiwan buas dari mendekati anda.


inilah titisan susu getah yang baru sahaja ditoreh beberapa jam sebelum gambar ini wujud. torehan ini hanya dilakukan oleh kanak-kanak sekolah rendah. maksud tersirat di sini adalah, jikalau kanak-kanak boleh melakukannya, inikan pula anda. pasti hasil torehan anda lebih memberangsangkan dari ini.

sungguh gigih sekali penoreh muda ini kan. sila percaya yang dah 100 pokok getah telah berjaya ditoreh dalam masa sejam. kau buat-buat tak nampak je la dia menoreh guna ranting kayu dan bukannya pisau penoreh.



berehat sebentar setelah penat menoreh. dah segelen peluh mak mencurah nok. sebaiknya anda membawa bekal nasi lemak 2,3 bungkus dan teh tarik ke kebun getah. time sebegini anda pasti rasa amat-amat-amat lapar seperti mahu telan orang.


harus park kereta jauh berbatu dari lokasi kebun getah. ini kerana terlalu bimbangkan kereta digigit nyamuk. lagipun ini juga sejenis exercise untuk membakar lemak tepu di bahagian pinggung anda.

anda hanya perlu melenggang kangkung tanpa membawa hasil kutipan getah kerana orang lain yang akan membawanya ke tempat jualan. jimat tenaga bukan. sungguh mudah kerja penoreh sekarang. okey, mungkin anda boleh mengutip segala jenis ulaman yang boleh dimakan yang tumbuh di kebun itu. sambil menyelam minum air ye. jaga-jaga jangan sampai tersedak pulak.


setelah berhempas pulas menampar nyamuk di kebun getah, anda bolehlah mengutip hasil jualan di sini. jangan lupa bawa sebotol perfume ke sini ye. bau nya sungguh enak sekali. emak cakap, jangan sesekali sebut perkataan busuk, kerana ini adalah bau duit. sila terus mandi bila pulang ke rumah. dan seterusnya pergilah berbelanja menghabiskan duit hasil jualan itu.

cukup sampai di sini saja tips menjadi penoreh berjaya yang dapat I kongsikan. tips ini hanya sesuai dikongsi ketika harga getah sedang melonjak sahaja. sekian terima kasih =)

Monday, December 28, 2009

parkinson akibat terlampau teruja


gila teruja nak tau dapat mengajar kat sekolah mana ni. ya ampun... TERUJA!!! ada kawan-kawan aku dah dapat tahu.
adussss.. pihak jpn, sila call saya dengan segera. dah menggigil seperti pengidap Parkinson ni akibat terlalu teruja!!






p/s- apa ditunggu lagi, cepat la teka lokasi cikgu ada dipostingkan. clue dah bagi pun tu. pilih je mana-mana daerah dalam negeri johor yang kau rasa aku sesuai dipostingkan.

CANDID PHOTO CONTEST


CANDID PHOTO CONTEST. dah ramai yang join contest ni. aku pun nak menyemak gak. tak dosa kan incik halim.



dah nama pun CANDID PHOTO CONTEST, so gambar yang dipertaruhkan pun sudah semestinya gambar candid. ni la gambar candid aku si rendang tak cukup inci dan si panjang terlebih inci yang di candid oleh photographer shahril masa sesi tergedik after farewell party di the royale bintang, seremban.


aku tak sedar langsung aksi aku ni dirakam. jangan harap la aku nak bergambar dengan si panjang tu kalau untuk suka-suka. TIDDDAAAKKK!!! terasa begitu kerdil di sisi mamat terlebih inci ni.


Sunday, December 27, 2009

aku yang terjebak

sekali terjebak pasti susah untuk kembali ke pangkal jalan. okey aku mmg mengaku aku pernah terjebak dengan tabiat buruk perangai, tak senonoh ini. tapi kini aku dah insaf. tidak rela aku membiarkan diri aku di bawah pengaruh sebegini lagi. di mana ada kemahuan untuk berubah, di situ ada jalannya. takyah nak cari alasan lagi.



kejadian suatu ketika dahulu. terlalu ghairah dan bernafsu bila berdepan dengan cermin tandas awam. OMG!!! sangat busuk perangai itu. mengapa tandas awam juga menjadi lokasi penggambaran. hakikatnya sangat tidak indah pun tempat itu.


okey, aku insaf =)


Saturday, December 26, 2009

year end sales

posing sepatah dua kata dulu sebelum pergi menghabiskan duit. hati i girang riang ria ni tau. sungguh teruja mahu menghabiskan duit. dasar tak sedar diri tengah papa kedana, tanpa segan silu mahu berlagak seperti menang loteri.. uppps haram!! okey tukar, berlagak seperti terjumpa duit seketul di dalam tong sampah ketika mahu membuang sampah. saja nak tunjuk rajin, selalu tolong mak buang sampah.


dan inilah hasil yang aku dapat. sangat gembira tanpa sebarang rasa bersalah dan menyesal dapat menghabiskan duit. perlu ke ada perasaan gitu? tak perlu kan. aku seharusnya rasa sangat puas hati.



ini dibeli menggunakan duit dari poket incik mokhtar, abah kesayangan I. sayang abah sangat-sangat-sangat. sayang abah je tau, tak sayang orang lain pun.


Thursday, December 24, 2009

suami yang bengap lagi bengong

sekadar gambar hiasan. sumber google

cam malaun je ada suami sanggup ugut nak cedera isteri sebab perempuan simpanan dia tu. wah sayang gila bagai tatang minyak yang penuh je kat perempuan simpanan dia tu. baik sangat la perempuan simpanan kau tu. semua ni gara-gara percayakan sorang bomoh je pun. kononnya isteri dia la punca perempuan simpanan dia tu sakit. aku terbaca berita ni dalam kosmo tadi. tetiba terbukak hati nak baca kosmo pulak hari ni. dah lama toi aku tak baca kosmo. masa kat hostel zaman tak da broadband lagi aku mampu beli kosmo je sbb kosmo je yang murah. hahaha.. gila nak baca berita pun berkira bab duit.

bila otak, hati dan segala zahir serta batin dok angau kat perempuan cantik, seksi, mengoda cam gitu la jadinya. anak isteri mmg tolak tepi je. berani kau bising, makan penyepak penendang la jawabnya. sampaikan sanggup percaya tilikan bomoh penipu. bila sebut bomoh penipu ni, aku dok terbayang dia pakai baju hitam pastu kain kuning, tinggal kat pondok buruk, rumah busuk dengan bau kemian, berasap-asap. ada keris complete set dengan air dalam mangkuk, pastu ada limau kecik hijau tu. dalam tv asyik dok gambarkan bomoh cam gini je kan.

apa-apa pun kena ambik kira cerita dari 2,2 pihak. mana la tahu si isterinya mmg macam singa terlepas dari zoo, mengaum nak makan daging je kan. sila gambarkan wanita itu berambut gerbang macam singa, muka penuh bedak tempek konon-konon nak kulit gebu, suara bergema takyah pakai mic. okey ada lagi, dia pakai baju kelawar siang dan malam. so tak hairan la si suami ada perempuan simpanan. tapi dari akal fikiran aku ni, bagi aku perempuan simpanan biasanya bukan dari kalangan perempuan yang baik. jenis pisau cukur je. gunakan segala aset yang ada untuk dapatkan kemewahan, porak porandakan rumah tangga orang.
kesimpulannya, aku nak jaga laki aku. tu je =)

kecil kecil cabai melaka

cili api, cili burung, cabai melaka... pedas, berapi, terbakar, hot, spicy, meletup.. ntah pa lagi nak describe pasal benda yang buat lidah aku pedih ni. tapi sedap!!!!
aku nak cerita pasal budak-budak idola kecik 2 ni. mereka seperti CABAI MELAKA.

dayana, tasha, nurul, jiha, ain, fienaz, aril, adam, sam & maulud. aku rasa vocal dan persembahan budak-budak ni jauh hebat dari peserta AF. kalau rancangan tv3 apa kebenda Lg tu ntah, aku dah lupa pulak. lagi yang mcam langit dengan bumi.

Fienaz. dah terluar 2 minggu lepas. suka akak kat dia ni. suara serak-serak gitu. lagipun dia ni nampak sangat ceria, kanak-kanak riang ria yip yip hureey gitu. dah ada fan club kau. kau ada ?? tak ada kan. ni gambar-gambar bebudak kecik semua ni aku ambik dari fan club dia la.

Azam. penuh feeling dia ni nyanyi. suara mmg besh. muka pun hensem. sayangnya baru umur 12 tahun. tak sesuai dibuat calon. hehehe..


aku tengok dah jadi trend sekarang ni semua orang sibuk nak jadi artis. macam-macam program realiti tumbuh. pastu bukan main panjang berjela manusia pergi audition. dari pagi sampai ke malam, pastu sambung esok harinya pun. nampak sangat kan macam mana berminat dan fanatiknya orang nak jadi artis terutamanya muda mudi.

yang peliknya, sanggup pulak diorang ni tangguh pelajaran demi nak masuk program realiti gini. bukannya maksud aku tak bagus join program realiti ni, tapi kan lagi elok kalau habiskan dulu pelajaran at least persekolahn pastu baru la join benda-benda gini. kalau jadi artis tapi kepala otak tak berilmu tak ada gunanya jugak.

masa tengok ulangan idola kecil ni aku dok baca sms2 yang kain bawah screen tv tu. ya ampun, sah mmg sms gitu datangnya dari budak-budak sekolah rendah hingus pun kering lagi. sungguh ketara tak akhil baligh lagi. tapi bukan main galak lagi. geli tekak aku baca sms diorang tu. menunjukkan terlampau fanatiknya pada benda-benda gini.

"fienaz, awk ni kiut sgt. nak jdi bf awk bleh? nak no phne awk... jejaka cun"
(ni antara contoh sms loya tekak bila baca. dah diedit sikit ni)

OMG!!!!!!!! gedik yang amat la budak-budak ni. ntah ke sunat pun belum. habiskan duit mak bapak je dok sms benda merapu cam gini. bukannya dapat faedah apa pun. bak kata mak aku, spender pun mak bapak yang belikan, ada hati nak mengatal. dengan ejaan ntah apa-apa, kadang-kadang sampai aku kena mengeja satu satu lak. bahasa rojak buah tu tak usah cerita la. tak hairan teruk betul karangan diaorang ni kat sekolah. kalau pasal pelajaran tak da nya pulak nak fanatik cam gini.

rancangan macam ni mmg la melahirkan ramai bakat baru. tak dinafikan aku pun terpegun dengan bakat-bakat kanak-kanak ni. rancangan cam gini menyerlahkan bakat terpendam, membina keyakinan diri. mngkin diorang ni jugak la yang akan gantikan tempat dato siti nnt. seorang yang berjaya dalam kerjaya dia. kerjaya seni ni mmg mendatangkan pulangan yang mantap, tapi kena ingat bukan semudah, sesenang petik jari je. kepada yang tak da kaitan dengan program tu pulak takyah la nak fanatik melampau-lampau. cukup la sekadar anggap tu sebagai hiburan,. jangan la sampai hiburan ni buat kita lupa tentang perkara yang lagi penting.


Wednesday, December 23, 2009

skandal terhebat 09

malas nak cakap panjang berjela-jela. cuci mata sudah *__*


jusuh & syaza (february 2009)


wan & wani (may 2009)


kerol & siti (may 2009)


duan & ina (september 2009)

selamat berbahagia, semoga berkekalan hingga akhir hayat, jalankan tanggungjawab dengan baik, jadi suami isteri mithali, soleh dan soleh, cepat dapat baby. nnt kenduri cukur jambul aku datang menyemak ye =)

ni pulak skandal-skandal yang masih tak buleh membuncitkan perut. harus maintain slim, karang mengelebeh pulak waktu sanding.

noh & ecah (january 2009)


ipin &arm (November 2009)


aiman & sal (Disember 2009)


selamat bertunang arm & sal & ecah. tak baik bertunang lama-lama. korang pun dah bercinta-cintun dah bertahun-tahun. hahahaha.. bukan main lagi bab bagi nasihat. aku dah tak sabar nak dapat kad wangi-wangi dari korang.

tak sabar nak ke 2010 lak. aku dah berkobar-kobar nak ready baju untuk pakai masa kenduri khawen member-member nnt. wah! semangat nasi minyak gitu. cepat, cepat, cepat .... aku tengah tunggu kad khawin ni =)


Tuesday, December 22, 2009

penting ni. kau kena tolong aku

aku ada misi penting hari ni. dan aku berharap sangat kau orang sudi tolong aku. yang berat sama di pikul, yang ringan sama dijinjing. ye tepat sekali. misinya adalah call 4 talian panas berapi ni. pastu tanya aku dapat posting kat negeri mana. semalam dah 1 hari aku call asyik line bz je. hari ni kena pastikan berjaya gak.

tunggu apa lagi, ambil hp dan dail ini;
03-88849581
03-88849582
03-88849584
03-88849586

kalau kau sayang kredit, doakan aku berjaya call pun dah cukup besar pahalanya tau =)

p/s- aku akan bagi clue negeri aku diposting pada 'contest cikgu ada' bila dah berjaya call salah 1 no tu ye.

Monday, December 21, 2009

kelajuan yang menjahanamkan

trauma yang melanda, menikam-nikam jiwa..... aku tak tau sambungannya walaupun ni lagu faveret aku. kau sambung la sendiri lagu zaman bergetah si abby abadi ni.

AKU DALAM TRAUMA. makan tak sampai buncit, tidur mengigau-ngigau, mandi tak pakai syampoo, bercakap off topic, bila tengok tv, tv yang akan tengok aku. naik kerata hanya mahu jadi penumpang. Ini serius!! kena sebut ni cam ming-ming burung kecik geng wonderpet tu kalau nak dapat feel. kau aku main-main ek. betul la... BETUL.


muka cam kanak-kanak riang gembira je kan. pa hal pulak letak gambar ni. tadi beriya cakap tengah dalam keadaaan TRAUMA TERKETAR-KETAR. ni gambar masa tengah dalam keadaan hidup yang normal. masih riang-ria makan ice cream sambil menikmati suasana tenang. AKU RINDU perasaaan tenang itu!!!

aku memerlukan ice-cream cokelat. nak banyak, banyak, banyak, dan besar punya. terapi nak bertenang ni tau. kenapa ketenangan aku telah hilang??, ni ha jawapannya;
.
.
.
.

aku hampir menjahamankan benda itu. aku trauma dengan benda itu. nasib baik benda itu sempat diselamatkan. diri aku pun sempat diselamatkan jugak. tapi abah aku dok mengucap panjang la.
GILA LAH KAU!! ni komen yang aku dapat dari mulut-mulut meletop member-member aku bila aku cerita kat diaorang. sangat malu nak cerita kat kau orang cam na benda ni jadi. OMG!!! ibarat membuka pekung di dadaku.

AKAK TAKUT KELAJUAN DIK!
AKAK TAKUT BILA NAK POTONG MOTOR DIK!
kesimpulannya aku hanya layak jadi penumpang je. sekian terima kasih.