Monday, November 30, 2009

memori terindah

insan yang terlibat ;
model- cik ada, arm & sal. photographer- sya



the most beautiful memory;

sini bermula kita bersama
mengejar impian
mimpi yang indah kan jadi nyata
untuk kita semua...
pahit getir yang telah ditempuhi...
harum kan menjelma kini


oh rakan ku sayang
semua kan berubah
hingga berjumpa lagi
bersama mu kawan
suatu memori yang terndah bagiku...
la la la la will miss you...


ku genggam cinta yang telah terbina
di puncak impian
ku akan selalu mengingatimu
tak akan ku lupa
di masa yang akan menjelang tiba
tabah lah dalam semua


composer; yiu
song writing by; toto aka naquiyudin



lagu tu bukan untuk kenangan bersama makhluk dalam pic tu je. lagu ni kenangan antara aku & semua geng ccu/iptho. kebetulan sal baru upload pic ni kat mukabuku. so i grab la & tempek la pulak kat cni ;)

tahniah untuk arm, finally hari ni dia dah selamat jadi tunangan orang. semoga selamat berbahagia bersama incik ipin kesayangan ko ye arm. bukan main senyum meleret lagi since dah bergelar tunangan orang ye.

tak berapa hari je lagi majlis pertunangan sal dengan incik aiman pulak. tak daya la poket aku tengah kering kontang, tak dapat la aku menyibuk kat majlis dia nnt. tak pa la, aku doakan dari sini yelah. disebalik gunung jerai & menghadap lautan pantai murni, aku doakan mereka ni sentiasa bahagia. insyaAllah kenduri kawen nnt aku pergi.

kalau bergambar dengan tunangan orang boleh kena tempias tak? adakah masa untuk aku ni pulak dah dekat??? jeng... jeng... jeng...

Sunday, November 29, 2009

pengorbanan kakak demi adik


aku dah ada geng layan blogging kat umah ni. mimie pun dah berminat nampaknya. bermaharajalela pulak dia guna laptop & broadband berblogwalking. aku ni pulak kena mengalah dengan dia. ishhh!! geram toi aku dengan budak kecik ni. kacau daun je. tersengih-sengih baca blog sarah al-idrus, yang entry potong-potong-potong tu.


xpa la, anggap je pengorbanan Aidiladha kan ;)

" it's ok my dear mimie, i don't mind. guna je sepuas hati mimie. laptop kak, laptop mimie gak. broadband kak, broadband mimie gak. lagipun abah kita yang bayar. jadi kita sama-sama guna je dik ;)"

wah bukan main baik hati, ikhlas berbudi pekerti, penuh pengorbanan kan. contoh yang baik untuk diikuti. berbuat baiklah sesama adik beradik ye. ;)


semalam aku ngan mimie sama-sama wat muka slembek kat kg, demam. ;-( tapi mimie sihat sekejap bila jumpa geng cousin kanak-kanak sewilayah umur. bukan main sakan lagi dok mengedik main. siap gaduh-gaduh pakai surat layang dengan tetamu yang datang,. isunya pasal anak tetamu tu kata geng mimie ni gedik. then si mimie & da geng tulis surat kat empunya mulut tu. aku tak baca pun surat tu. tapi kecoh gak la my mum dgn my untie dok bercerita gelak-gelak pasal surat tu. ala-ala cam gni la bunyi surat tu.

"dah la ampa mai umah tok kami, nak kata kami gedik pulak. ...bla..bla..bla... harap balas"

panjang gak la surat tu. kat bawah surat tu ada sign nama amalina. amalina tu my lil cousin. baru umur 4tahun. cakap pun tak berapa betul lagi, tetiba la buleh hebat menulis surat. tak pasal-pasal je nama budak tu gak naik. puas mak aku tanya mimie sapa yang tulis surat tu, jangan harap la dia nak ngaku kan. paham dah perangai dia tu ;)


Tuesday, November 24, 2009

money . money. money .

di mana ada rejeki, di situ ada saya. owh kata-kata ni mmg sangat sesuai dengan keadaan aku yang tengah kering kontang kegersangan poket, dompet dan juga segala bank akaun. sedih seh!!! merempat je mintak belas ehsan kaum family ceria. nak beli cleanser dengan topup pun kena mintak duit incik mokhtar. i malu tapi mahu!!!


cuti aku pun pendek je tak sempat pun nak kerja kat mana-mana. tokey kedai pun tak nak amik kerja kalau nak kerja setakat 2,3 minggu je kan. menci toi!!! aku terdesak nak pakai duit ni *__*'


sekarang aku bergantung harap kat jualan cik ada closet je la. korang sila la jenguk, pastu sila la bermurah hati beli la mana-mana item ye ;) . harga sangat meletup.


check this out;

barang baru
.cantik. mantap. hot. spicy. meletup.

mesti jelita la kalau pakai ni

.
.
.
.
.
wajib beli

*__*


c o n t e s t..



i rasa cam nak organize contest la pulak, tapi still dok berpikir-pikir la contest apa yang cam best dan meletup-letup gitu. sebelum ni asyik join contest orang blogger lain je. tak da experience organize contest lagi.


stakat ni yang ada dalam otak ni contest photo cun dengan gorgeous outfit contest je. hadiah dah ada, tapi sesuai untuk kaum hawa je la. sorry la ye kaum adam, next time ya :)


kalau korang ada cadangan yang bernas jangan malu-malu meow nak kasi pendapat anda. i sangat alu-alukan. nnt i belanja ice-cream Malaysia ye ;)

anak beranak di bandaraya Melaka





























dah rasa nak loya-loya tekak, nak termuntah, penin-penin langau tengok gambar? bagus..!!! tu la motif sebenar aku. hahaha.. ;)


gambar ni semua masa jalan-jalan meronda melaka hari sabtu lepas. dah alang-alang ambik aku kat batu pahat, singgah la melaka jalan-jalan jap. lagipun si mimie my lil sis asyik merungut nak jalan-jalan kat melaka.


after ambil barang-barang aku kat batu pahat, we all terus gerak ke melaka. tidur kat melaka malam tu. plan asal nak jalan-jalan sedut angin udara segar bandaraya bersejarah malam tu. tapi incik mokhtar dah lenguh anggota badan, aku pulak sibuk nak tengok nur kasih, so malam tu lepak hotel je la. sok paginya baru berjalan-jalan.


bila la pulak dapat jalan-jalan kat melaka. masa dok kat batu pahat buleh la kerap pergi hoye-hoye kat sana. tapi kalau tertiba aku dapat posting melaka, buleh termuntah gak la aku ;)


Monday, November 23, 2009

hujan. sejuk. tidur



dah dua hari aku kat rumah. sepanjang dua hari ini rasa suram je. langit dok gelap, hujan tak henti-henti. makin bersemangat waja la aku nak tunaikan misi tidur 20jam sehari. sedap toi tarik selimut, berbungkus.. mata ni macam digam dengan gam cap gajah duduk je. malas tahap ular sawa kenyang, tak nak wat apa-apa.. uhuhu..


bila dah hujan je sepanjang masa cam gni, mood nak keluar pergi mana-mana pun dah hilang. semalam keluar pergi alor setar. ikutkan hati malas je nak ikut mama ngn abah shoping barang dapur.. tapi disebabkan nak beli cleanser, terpaksa la tinggalkan katil dengan selimut sedap tu. huh! menyampah toi, kat tesco mergong tak da jual product ZA pun. kena cari kat tempat len la pulak. sepanjang jalan aku tidur je dalam kereta.. kesian kat incik mokhtar drive sorang-sorang dalam hujan lebat.


hari rabu ni nak pergi kelantan, ambil syima my sis. dia pun dah bungkus beg dah habis study.aku saja je menyebok nak ikut gak. dah lama aku tak jalan-jalan cari barang bershoping kat sana. hehehe.. tapi mengenangkan sekarang ni musim hujan, banjir cam tak best je pulak pergi sana kan. aku nak shoping baju batik ni. nnt dah posting kena pakai baju batik setiap hari khamis. wah dah jadi kakilengan kerajaan gitu.. ahaha.. pinjam duit incik mokhtar dulu la bershoping nnt. aku mmg dah kering kontang sekarang ni.


sejoknya nak mandi.. uhuhuhu...

Saturday, November 21, 2009

geng kongsi tangis

cccu's students batch 06/09
date; 19/11/2009
venue; the royal bintang hotel


aku suka picture ni. suasana penuh nostalgia. baru lepas bertoriak sedih peluk-peluk mintak ampun maaf antara satu sama lain. hari terakhir besama after 5 and half years makan cafe, tidur sebilik, bergosip bersama, share mee maggi semangkuk. nescafe secawan .... sodih!!!


Friday, November 20, 2009

campur aduk perasaan



tak tau cam na nak describe perasaan sekarang ni. happy sbb dah abes study. dah jadi cikgu betul2 bukan main2 lagi. dah dapat genggam degree. riang sbb buleh melepak kat umah tak yah pikir pasal kerja or pape yang menyerabutkan otak termasuk money selama sebulan.sedih sbb dah berpisah dengan member2. dah tinggalkan btu pahat. tak dapat makan mee racun dah pasni. cuak sbb tak tau dapat posting kat mana. tak nak dapat bandar sangat, tapi tak mau dapat ulu sangat gak. gile cerewet kan.. waktu interview dulu semua sanggup. sekarang bapak ngada demanding. pilu sbb dah jauh dari Mr Ehem. jauh di mata je, tapi di hati ttp dekat.. ;) dah tak dapat la dating kerap-kerap lagi. ntah-ntah sebulan sekali nak dating bermanja-manjaan pun payah. ;(



tadi first time parent i jumpa Mr Ehem. hehehe.. sweet je tengok Mr Ehem cover gelabah dia tu. ;) wat muka malu-malu meow.. ahaha


Thursday, November 19, 2009

aku diduakan


ye ini serius!!! aku mmg dah diduakan
mr ehem dah ada jantung hati baru. bukan main berlagak lagi dia kat i sejak ada jantung hati baru ni. mentang-mentang la putih melepak dari aku. solid lak tu. yelah barang baru kan. aku ni dah 23tahun, mmg jauh beza la usia aku dengan jantung hati baru dia tu. huhuhuhu.... *__*'

sampai hati dia berdating dengan dua-dua jantung hati serentak. pastu asyik tegur-tegur i je bila i sentuh jantung hati baru dia tu. i rasa geram tul. rasa cam nak tumpahkan air je atas jantung hati dia tu.. hahaha.. berani sangat la aku nak buat gitu. karang tak pasal-pasal mr ehem picit hidung aku.. *__*'


tak pa. it's ok, it's alright.. aku pun nak cari jantung hati baru gak. nak tayang pastu berlagak-lagak kat mr ehem lak. HUH!!! u ingat u sorang je buleh buat. i pun buleh hokay!! *__* .practice berperasaan takabur dan riak beserta angkuh.. hahaha


aku dah candid picture si jantung hati mr ehem tu masa we all dating serentak. bahagia la konon bermadu. huh!! mr ehem lak ala2 soleh gitu bahagi kasih seadilnya.. hehehe.. sungguh pandai bermain kayu 3. nak tengok pic madu i tak?


.
.
.
.
.
.

.
.
.


ni ha;

i tak puas hati, ngape dia lagi putih dari i... huhuhu.




farewell party


hello, hello, hello... wah berjangkit penyakit fazura & maya si pisau cukur lak sekarang ni. hehehe.. mlm ni tidur hotel royale bintang, seremban tau... baru je berpinar cahaya flash sana sini tadi. huh!! i rasa cam nak resign cikgu then jadi model je. haha.. poyo gile statement ni kan. tinggi pun tak cukup. ye, aku sedar diri sebelum korang ngutuk. hehehe ;)

farewell party malam ni mmg sempoi. nasib bek dapat cover mascara tadi. huhuhu tertoriak la pulak masa performance toto and da gang. terharu tul bila teringat semua kenangan 5&half years dgn mmber2 ni. aku cinta mereka... huhuhu *__*' Esok mesti lagi berlinang air mata ni. sedey!!!! esok hari last aku dengan mmber2 pismp ccu batch july 04.

dah, aku nak pi berendam dalam bath tub lak. layan feeling sorang-sorang... bubye ;)



Tuesday, November 17, 2009

petua rawat senggugut

petua tradisional nenek moyang aku bagi ni ; selamat mencuba ;)

tumbuk segengam halia sampai lumat. masukkan halia yang dah lumat tu dalam segelas air suam. tunggu sampai halia tu mendap. minum air tadi. InsyaAllah period pain tu akan hilang.

selain dari tu try guna daun betik. tumbuk segengam daun betik sampai lumat gak. then minum air daun betik tu setiap pagi, tiga hari dalam sebulan.

kalau payah nak dapat daun betik cuba yang ni pulak ye. ambil tiga ulas bawang putih. potong nipis-nipis. then ambil beberapa biji lada hitam tumbuk sampai lumat. dalam 4 or 5 biji cukup la. campur bawang putih and lada hitam tu dalam air panas. minum setiap malam.


** sentiasa selawat sebelum minum air-air tu ye!



aku tak pernah la pulak kena period pain ni sampai tahap berguling-guling, muntah-muntah, tak leh nak bangun langsung. Alhamdulillah aku sentiasa ok je. setakat sakit sikit-sikit tu normal la kan. tapi aku selalu je tengok member2 sakit cam gini. gayanya mmg azab. sampai kena pergi klinik. siap dapat injection lagi. huhuhu.. CUAK!! cuba la petua-petua nenek moyang tu ye. mana tau berkesan. jangan lupa selawat dulu sebelum minum ye. pape pun kena disertakan dengan tawakal kepada Allah swt ;)

lensa otai

hello, hello, hello...
lagi pic TITIAN KASIH oum/cccu nyte. aku curi pic ni dari otai-otai yang dok ngendong dslr gabak berat malam tu. boyot and din.. wah tetiba je buat promotion untuk diaorang ni pulak. kalau suka ngn hasil tangkapan diaorang & berminat nak guna khidmat diaorang, jangan malu-malu nak kelik kat nama diaorang tu ye. aku tempek gak pic edit by paan kat sini. saja untuk tontonan umum ;)